Aku ambil cuti seminggu untuk wedding aku dan ni baru hari kelima aku cuti. Hari ni juga aku akan berpindah masuk ke rumah Ashfar. First time aku akan masuk rumah dia.
Aku pandang luggage aku bersaiz medium. Memandangkan aku tak niat pun nak duduk lama rumah Ashfar so aku bawa sikit jelah. Aku yakin yang aku akan lari ke rumah keluarga aku lepas beberapa hari.
Fikir je pasal duduk berdua dengan Ashfar pun dah buat aku rimas. Yelah aku tak kenal Ashfar ni macam mana. Pembersih tahap dewa ke, pengotor ke, semua tu aku tak tahu. Tapi kalau ikut gayanya macam pembersih.
Tapi satu lah aku excited nak pergi rumah Ashfar sebab dia duduk condominium. Dah lama aku teringin nak duduk condominium. Kawan-kawan aku pun semua rumah atas tanah. Jadi merasa juga lah aku duduk condo lepas ni.
"Dah siap kemas dah?"
Kuss semangat. Terkejut aku bila dengan suara orang tegur. "Sudah, bu."
"Aik, cukup ke satu beg tu? Kalau pergi Aussie yang seminggu tu pun sampai berbeg-beg." Ujar Puan Naemah lalu duduk di sisi katil anaknya.
"Kalau tak cukup, nanti Tasha datang ambillah. Nak bawa banyak-banyak buat apa."
"Yelah, Tasha duduk sana bukan sebulan dua."
"Mungkin setahun dua." Gurauan aku buatkan ibu baling bantal pada aku. Eh, kena pula tu kat muka aku.
"Eloklah tu cakap macam tu. Ibu ayah doa jodoh kamu kekal sampai mati, kamu doakan macam tu pula."
Aku mencebik. Kan dah kena dengan ibu. "Yelah, ibu. Terima kasih." Ujar aku untuk sedapkan hati ibu. Yelah, ibu kan tak tahu yang Ashfar sebenarnya ada girlfriend. Aku pun tak nak kecohkan keadaan. Aku pun kena discuss pasal perkahwinan ni dengan Ashfar.
"Ibu nak kamu jaga aib kamu, suami kamu dan keluarga ni. Dengar cakap suami, jangan lawan, taat suami."
Aku tergelak kecil dengan kata-kata ibu.
"Apa gelak-gelak ni?" Tegur Puan Naemah. Dia tengah bagi nasihat, anaknya boleh gelak pula.
"Macam kursus kahwin lah, bu. Tasha tahu semua tu."
"Ibu nak ingatkan balik."
Aku hanya mengangguk saja. Tak nak lawan cakap ibu.
"Yang penting, kalau Ashfar suruh atau buat benda bukan-bukan kat kamu, bagitahu ibu ayah. Jangan takut."
Benda bukan-bukan? Apa ye? "Baik, ibu."
"Anak perempuan tunggal ibu dah besar dah. Dah kahwin and now nak pindah rumah suami dah. Ibu rasa semalam kamu baru umur 5 tahun." Ujar Puan Naemah dengan sebak.
Aku mengeluh perlahan. Kalau ibu menangis, aku pun akan menangis. Aku bangun bersama bantal yang ibu baling pada aku tadi. Aku duduk sebelah ibu dan bantal aku campak ke atas katil. "Ibu, kalau semalam Tasha umur 5 tahun, Safwan tak wujud lagi tau semalam." Ujar aku dan berjaya buatkan ibu ketawa. Lega hati aku ibu tidak menangis.
"Sudahlah. Jom turun bawah. Bawa luggage tu sekali. Senang nak angkut masuk kereta." Ujar Puan Naemah sambil melangkah keluar dari bilik mendahului anaknya.
"Baik..."
_________
Seperti yang dijanjikan, Ashfar datang ke rumah untuk menjemput aku. Aku buka pintu rumah lalu aku tekan remote pagar dan Ashfar masuk ke dalam.
Aku pandang Ashfar yang segak dengan kemejanya. Handsome betul. Macam ni lah kot pakaian kerja Ashfar.
"Assalamualaikum." Ujar Ashfar sambul menanggalkan kasutnya.
YOU ARE READING
Dia Bukan Sempurna
RomanceBelum tentu bercinta 2 tahun, 5 tahun mahu pun 10 tahun, berakhir dengan memori yang indah. Hidup ni bukanlah satu perjudian tapi kita yang pilih sendiri perjalanan hidup kita. Natasha tidak sangka satu-satunya cinta hatinya mengharukan perjanjian y...