Harini mertua aku nak buat makan-makan di rumah mereka. So untuk makan-makan ni aku bawa caramel pudding yang aku buat khas. Caramel pudding ni memang speciality aku. Keluarga ni pun memang cakap caramel pudding aku sedap.
Aku pandang Ashfar yang mendahului aku bila masuk ke rumah. Sepanjang perjalanan ke sini, aku rasa pelik dengan aura Ashfar. Memang lah dalam kereta kami tak berborak tapi harini rasa lain macam sikit.
Ashfar melangkah naik ke tingkat atas manakala aku terus ke dapur. "Assalamualaikum." Aku memberi salam kepada mama dan pembantu rumahnya yang sibuk menyediakan makanan.
Datin Aliza menjawab salam sebelum melangkah ke arah Natasha. "Tasha..." ujarnya sambil senyum dan dia terus tarik Natasha ke dalam pelukannya.
"Sorry mama, lambat." Ujar aku apabila pelukan dileraikan.
"It's okay, don't worry. Harini kita makan shellout je."
Shellout? Wah... dah lama aku tak makan. Aku letak caramel pudding atas table top dapur. "Ni Tasha ada buat caramel pudding. Bik Esah tolong letak dalam bekas lain ye."
"Baik, madam." Jawab Bik Esah lalu mengambil bekas itu.
"Susah-susah je buatkan dessert. Thank you, Tasha." Ujar Datin Aliza.
"Tak susah pun, ma."
"Tasha, jom kita borak kat ruang tamu."
Aku mengangguk dan melangkah bersama mama ke ruang tamu. Aku dan mama ambil tempat di sofa three seater.
Datin Aliza senyum melihat Natasha. Rasanya nak dekat 3 minggu usia perkahwinan Natasha dan Ashfar dan sepanjang tempoh tu, ni baru mereka pulang ke sini. Dia takde lah marah ke apa tapi dia mahu tahu update hubungan anaknya dan Natasha.
"How's life with Ashfar?"
"Huh? Erm... biasa je ma."
"Takde apa-apa improvement ke?"
Terangkat kening aku dengar soalan mama. "Improvement apa, ma?" Soalan aku buat mama tersenyum-senyum.
"Ash layan Tasha okey tak?"
Aku angguk laju.
"Tasha selesa tak duduk dengan Ash?"
Aku angguk lagi.
"So Tasha sayang tak Ash?"
Sekali lagi aku terkejut dengan soalan mama tapi aku balas dengan anggukan perlahan dan berhati-hati. Bila mama senyum semacam, baru aku faham maksud mama. "Tapi Tasha sayang Ash tak lebih dari apa yang mama fikirkan."
"Tasha masih sayangkan Azlan ke?" Soal Datin Aliza dengan rasa bersalah.
"Ma, Azlan dah takde dalam hati Tasha ma. Dia dah kecewakan Tasha."
"Mama minta maaf sebab Azlan buat perangai."
"Mama tak salah. Dia yang salah. Sekarang ni, Ashfar suami Tasha jadi mama tak perlu risau."
"Tapi mama tetap bersalah dengan Tasha dengan Ash."
Aku pandang wajah mama yang sudah berubah. Kejap, aku baru teringat sesuatu. "Ma, boleh Tasha tanya satu soalan?"
"Apa dia?"
"Kenapa Ashfar setuju kahwin dengan Tasha?" Soalan aku membuatkan mama terdiam seketika. Mama seperti tidak mahu menceritakan tapi aku mahu tahu.
"Ma..." nada aku seperti sedikit mendesak.
Datin Aliza menarik nafas dalam-dalam. "Sebenarnya papa gunakan company papa."
"Huh?"
"Macam yang Tasha tahu, Ash ada company sendiri. Sebenarnya papa tak bagi Ash buka company sendiri sebab papa nak Ash uruskan company papa. Tapi Ash degil and buat juga. So masa hari nikah Tasha, papa janji takkan paksa Ash lagi kalau Ash kahwin dengan Tasha."
YOU ARE READING
Dia Bukan Sempurna
RomanceBelum tentu bercinta 2 tahun, 5 tahun mahu pun 10 tahun, berakhir dengan memori yang indah. Hidup ni bukanlah satu perjudian tapi kita yang pilih sendiri perjalanan hidup kita. Natasha tidak sangka satu-satunya cinta hatinya mengharukan perjanjian y...