Pagi pertama aku di rumah Ashfar benar-benar buatkan aku janggal. Kalau kat rumah keluarga aku, mesti dah kecoh dengan adik-adik aku. Ni kat sini, sunyi sepi je.
Jam baru pukul 7 pagi dan aku tak tahu Ashfar dah bangun ke belum. Aku melangkah turun ke bawah dan terus ke dapur. Semalam aku dan Ashfar beli barang, literally aku sorang je pergi sebab Ashfar lepak kat starbuck tapi bagusnya dia bagi aku credit card. Penuh satu troli aku letak macam-macam.
Tanpa buang masa, aku terus masak blackpepper spagetti, resepi Wildad. Siap masak, aku terus letak dua pinggan di atas meja. Satu untuk aku dan satu untuk Ashfar. Aku tak tahu lah kalau Ashfar okey ke tak dengan makanan aku ni.
Aku baru terfikir nak bancuh kopi dan milo tapi bila aku nampak machine dolce gusto dan satu rak penuh dengan nescafe dan starbucks capsule, terus aku cancel nak buat air. Aku ambil satu cawan yang tersedia di rak tu dan aku buat chococino untuk aku.
Usai buat air, aku ambil tempat di meja makan. Baru je aku nak suap makanan, Ashfar turun ke bawah. Wah... handsomenya! Ashfar dengan blue navy suit dan fit betul-betul dengan badannya. Aku pasti ni mesti tempah.
Aku sambut Ashfar dengan senyuman paling manis tapi malangnya Ashfar seperti biasa tiada reaksi. "Morning." Ujar aku.
"Morning." Sahut Ashfar sambil membuat expresso di mesinnya.
"I buat blackpepper spagetti. Try it." Ujar aku.
Ashfar melihat ke arah makanan di atas meja. Dia tak pernah nampak makanan itu. Dia tahu itu spagetti tapi blackpepper? Bila expresso dia siap, Ashfar ambil tempat setentang dengan Natasha. Ashfar suap spagetti tu ke dalam mulutnya. "Not bad."
Aku tersenyum dengan komen yang diberikan. "Thank you."
Elok aku dan Ashfar tengah menikmati makanan, tiba-tiba kami terdengar bunyi pintu rumah dibuka. Memandangkan rumah ni pakai smart door lock jadi dia akan berbunyi bila orang masuk. Alah macam cerita korea tu.
Aku lihat Ashfar buat tidak peduli. Aku pula yang cuak siapa datang pagi-pagi ni. Takkan keluarga mertua aku pula datang awal pagi ni.
Eh ni bukan secretary Ashfar ke, Lizzy? Aku lihat dia agak terkejut melihat kewujudan aku di situ. Sempat aku jeling pakaian Lizzy. Lizzy mengenakan suit berwarna maroon.
"What she's doing here?" Soal Lizzy dengan rasa tidak selesa.
Aik, kenapa perempuan ni tanya kewujudan aku kat rumah ni. Aku kan isteri Ashfar, memang patutlah aku kat sini. Aku pandang Ashfar. Rupanya Ashfar pandang aku tapi bila mata kami bertentang, dia pandang makanan dia semula.
Ashfar tiada niat untuk menjawab soalan Lizzy. Perkara pertama yang ramai tahu, jangan rosakkan mood paginya. Once paginya hancur, habis office tu nanti.
"Ash..." panggil Lizzy untuk menarik perhatian Ashfar.
Ashfar menoleh dengan wajah yang serius dan dengan itu, Lizzy tahu maksudnya. Ashfar menghabiskan makanan dan minumannya sebelum bangun dari duduk. Dia letakkan cawan dan pinggannya ke dalam dishwasher.
Dia melangkah semula ke meja makan. Dia letakkan kunci Mini Cooper nya di hadapan Natasha. "You can drive my car."
Aku mendongak untuk lihat Ashfar. "Eh, it's okay. I naik grab je pagi ni. Balik nanti I nak ambil kereta kat rumah." Ujar aku.
"Up to you." Ujar Ashfar sebelum melangkah keluar diikuti Lizzy.
Aku lihat saja Ashfar dan Lizzy beredar. Dia ni tak habis-habis up to you, up to you. Aku pula yang jadi rimas.
_______
Melangkah aku ke office, Ehsan orang pertama yang menerpa aku. "Eh kau ni, pagi-pagi buat perangai." Marah aku.
"Babe, how's your first night with your husband jatuh dari langit?" Soal Ehsan.
What? Ehsan gelarkan Ashfar macam tu. Geli hati aku membuatkan aku gelak terbahak. "Apa benda kau ni nak tahu hal dalam bilik kitorang."
"Ala... kau bagi sikit-sikit. Dia terkam kau ke malam tadi?"
Aku sekeh kepala Ehsan kuat sehingga dia mengaduh. "Bodohlah kau ni. Buat apa aku nak cerita."
Ehsan mengusap kepalanya yang sakit. Dia memeluk tubuh dan wajah bertukar serius. "Aku tahu, sebenarnya takde pape yang jadi, kan?"
Aku pandang Ehsan. Oh, pandai pula dia teka. "Entah." Balasan aku membuatkan wajah Ehsan berubak frust. Eh, kemain nak korek cerita dalam kain aku dan Ashfar.
"Boring lah kau ni."
"I am not. Benda yang kau tanya ni yang tak sesuai."
"At least tak boring topik ni."
"Ah... aku tak nak cakap pasal ni. Baik aku buat kerja. Dah berapa banyak fail atas meja aku tu."
"Don't worry babe. Hadiah perkahwinan kau, kitorang settle kan kerja kau sepanjang kau cuti kahwin."
Mata aku terbuntang. "Seriously?" Soal aku. Bila aku sampai di meja, ada beberapa fail atas meja aku. Aku pandang Ehsan, geram. Macam mana lah aku boleh terpercaya kata-kata Ehsan ni. Aku ni sales manager dan mana ada staff yang boleh uruskan kerja aku.
Ehsan gelak. "Padan muka." Ujar Ehsan sambil melangkah ke officenya.
Nasiblah aku sayang kawan aku ni. Aku masuk ke dalam office aku lalu duduk di kerusi. Welcome back work.
_____
YOU ARE READING
Dia Bukan Sempurna
RomanceBelum tentu bercinta 2 tahun, 5 tahun mahu pun 10 tahun, berakhir dengan memori yang indah. Hidup ni bukanlah satu perjudian tapi kita yang pilih sendiri perjalanan hidup kita. Natasha tidak sangka satu-satunya cinta hatinya mengharukan perjanjian y...