Part 10

2 0 0
                                    

Lepas makan tadi, aku terus terlelap di ruang tamu masa tengok tv dengan papa. Bila aku sedar je, papa takde dan tv pun dah off. Aku terbangun ni pun sebab aircond rumah ni sejuk. Jadi aku ambil keputusan ke luar rumah untuk dapatkan haba.

Aku melangkah ke taman mama. Mama ada mini garden dan sangat lawa. Semua pokok bunga berbunga mekar. Tak kira lagi bunga orkid mama. Macam-macam orkid mama ada.

Dari jauh aku nampak Ashfar dan Azlan sedang berbual. Aku diam-diam mendekati mereka. Yelah nak tahu apa yang mereka borakkan. Aku menyorok di sebelah dinding stor peralatan taman mama. Nasib aku boleh dengar perbualan mereka.

"Kalau kau nak dia balik, let me know."

"Bang, dia tu bukan barang yang kau boleh pulangkan macam tu je."

"Dia bukan hak aku. Aku ganti tempat kau je."

Kejap! Diorang borak pasal aku ke? Ganti tempat Azlan? Ini yang buat aku nak curi dengar sampai habis ni.

"Aku dah kecewakan dia. Dia takkan terima aku balik."

See. Diorang cakap pasal aku! I have the right to eavesdrop this conversation.

"Kalau kau pandai pujuk dia and one day dia terima kau balik, kau bagitahu aku."

"Kenapa kau sanggup buat semua ni? Dia isteri kau kot sekarang ni."

"Isteri atas kertas. Aku tahu dia sayangkan kau lagi."

"Kalau aku suruh kau ceraikan dia sekarang, kau akan ceraikan ke?"

Ashfar terdiam sekejap kemudian dia mengangguk perlahan.

Aku yang dengar perbualan Ashfar dan Azlan, cukup buatkan hati aku membara. Ini ke maksud mama bila mama cakap Ashfar selalu mengalah? Aku keluar dari belakang dinding dengan wajah masam.

"Tasha." Terkejut Azlan melihat kehadiran Natasha dengan wajah sebegitu. Natasha dengar ke perbualan dia dan abangnya?

Ashfar turut menoleh. Dia tidak beriak apa-apa. Dia mahu melangkah pergi meninggalkan Azlan dan Natasha tapi lengannya ditahan Natasha membuatkan dia terhenti melangkah.

"I need to talk with you brother." Ujar aku pada Azlan dan Azlan hanya mengangguk sebelum melangkah pergi.

Aku pandang Ashfar dengan pelbagai emosi. Aku kesian, aku sedih, aku kesal dan macam-macam lagi. Walaupun kami plan untuk kahwin untuk beberapa bulan tapi benda tu bukannya sebab Azlan.

"Do you mean it with what you said to Azlan?" Soal aku serius.

"Yes."

"You ingat kalau kita bercerai, I akan get back to Azlan? Not a freaking hell!"

"It's up to you what you wanna do after that."

"Tapi you sanggup ceraikan I demi Azlan."

"I don't want to ruin your life."

"You never ruin my life."

Ashfar diam. Dia tak tahu nak reply apa.

"What if I make you fall in love with me? Do you still want to divorce me?"

"Don't."

"Argh..." aku jerit perlahan. "Boleh tak you reply with more than 10 words? I bukannya cakap dengan robot. I tanya 10 patah, you jawab 2 patah."

Ashfar diam lagi.

Aku mengetap gigi. Geramnya aku. Muka handsome pun kalau menyakitkan hati, tak guna juga. Aku menarik kolar baju Ashfar, menyebabkan wajah Ashfar mendekati aku. Aku pejam mata dan terus mencium bibirnya. Mula-mula Ashfar seperti kaku tapi hanya seketika sebelum dia membalasnya dan aku dapat rasa tangan Ashfar memegang pinggang aku.

Kami sebegitu tidak sampai seminit bila aku tersedar yang kami berada di taman. Aku tolak tubuh Ashfar perlahan dan pelukan di pinggang aku juga terlepas. Ya Allah, lajunya jantung aku berdegup. Macam mana aku boleh berani macam ni sekali?

Aku pandang Ashfar tepat. Dapat aku lihat wajah Ashfar yang mula memerah. Itulah penangan kalau fair skin ni. Muka merah mesti nampak. Tapi aku rasa muka aku pun merah walaupun aku gelap sikit dari Ashfar, "I masuk dulu." Ujar aku dan melangkah pergi.

Sepanjang berjalanan aku nak ke dalam rumah, otak terbayangkan semula kejadian tadi. Aku tak sangka Ashfar akan membalas ciuman itu dan betapa lembutnya bibir dia.

Argh... apa aku dah buat ni. Aku pegang dada aku. Aku dah mula cintakan Ashfar ke? Takkan begitu mudah?

Aku masuk ke dalam rumah dan kembali duduk di sofa yang aku tidur tadi. Selepas asyik berfikir, aku membuat keputusan. Setelah aku pertimbangkan apa yang mama cakap kat aku pasal Ashfar, apa yang Ashfar buat dan apa yang aku baru je buat kat Ashfar, aku ambil keputusan untuk buatkan Ashfar jatuh cinta kat aku!

"Ash..."

Aku menoleh ke belakang bila dengar suara mama. Kemudian aku pandang Ashfar pula di pintu rumah. Bila mata aku bertentang dengan Ashfar, wajah dia mula memerah semula.

"Kenapa muka merah ni Ash?" Berkerut dahi Datin Aliza kerana pelik.

Nampaknya Ashfar ni boleh tahan malu dia. Kalau aku goda dia ni, mahu warna kulit dia tukar warna terus.

"Takde apa-apa ma. Luar panas sikit."

"Ni mama nak minta tolong drive mama pergi dental kejap. Mama ada appoinment."

"Boleh, ma. Ash tunggu dalam kereta."

Datin Aliza pandang menantunya pula. "Tasha siaplah. Ada Azlan sorang je kat rumah ni. Papa dengan Meera dah keluar main golf. Bibik pergi balik rumah keluarga dia."

Aku pandang Ashfar yang terhenti melangkah bila mama kata begitu. "Oh, boleh ma." Aku bangun dari duduk dengan mata aku masih memandang belakang tubuh Ashfar yang sudah mula melangkah.

______

Sepanjang dalam kereta, hanya aku dan mama saja yang berborak. Ashfar hanya fokus di atas jalan. Sampailah kami dah berada di hadapan klinik gigi mama, hanya mama je yang keluar. Aku dan Ashfar dalam kereta.

Nasib baiklah radio terpasang. Kalau tidak, memang berkali ganda awkward dia.

Aku pandang Ashfar. Aku rasa aku kena inform Ashfar pasal plan aku supaya dia tak terkejut beruk kalau aku buat apa-apa kat dia. "Ashfar." Panggil aku dan Ashfar pandang aku tapi Ashfar pandang mata aku sekejap je sebab lepas tu dia pandang bibir aku. Tanpa aku sedar aku menggigit bibir aku membuatkan Ashfar memandang ke tempat lain. Kuat sangat ke godaan aku ni?

"I nak bagitahu you supaya you get ready in future. I'll make you fall in love with me sampai you takkan sanggup nak lepaskan I sebab Azlan."

Ashfar pandang Natasha semula. Terkejut dia dengan kata-kata Natasha. "What?"

Aku mendekatkan wajah aku pada Ashfar. "I'll flirt with you." Bisik aku perlahan di telinga Ashfar lalu senyum. Ashfar menarik wajahnya kebelakang dan wajahnya memerah semula. Alah... cute pula tengok Ashfar macam ni.

Jantung Ashfar berdegup laju. Bukannya dia tak pernah digoda oleh perempuan lain, nak-nak pula Lizzy. Tapi Natasha yang mampu buat jantung dia berdebar sebegini.

Aku kembali ke posisi aku. "I'll go into the clinic. I think the tension is too strong here. You process lah apa yang I cakap tadi tu ye." Ujar aku lalu keluar dari kereta.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Bukan SempurnaWhere stories live. Discover now