Part 8

3 0 0
                                    

Dah masuk 2 minggu umur perkahwinan aku. Dalam masa 2 minggu ni juga tiada perubahan antara layanan aku dan Ashfar. Dia ke utara, aku ke selatan. Walaupun kami macam ni, aku tetap juga jaga makan minum dia. Walaupun kadang-kadang je aku masak.

Walaupun bagi aku, hubungan aku dan Ashfar ni neutral tapi ibu asyik membebel dekat aku. Ibu kata kalaupun aku kahwin dengan Ashfar dengan mengejut macam ni, doesn't mean aku tak perlu belajar untuk sayangkan Ashfar. What? Aku nak sayangkan Ashfar? Nak cakap dengan dia pun susah.

Macam minggu lepas, tiap-tiap hari Lizzy datang rumah Ashfar, aku tengok dah macam Lizzy ni pula isteri Ashfar. Lizzy datang pagi lepastu pergi kerja sama-sama dengan Ashfar. Tapi start khamis lepas, Lizzy dah tak datang sini dah. Aku pun tak berani nak tanya.

Seperti biasa, aku sediakan sarapan untuk Ashfar. Dah jadi rutin aku untuk buat sarapan Ashfar. Kalau dinner tu memang jarang sangatlah walaupun weekend. Weekend aku balik rumah ibu ayah, Ashfar entah ke mana.

"Morning."

Aku menoleh. Ashfar baru melangkah ke meja makan yang dah tersedia nasi goreng yang aku masak tadi. Aku tengah letak dressing pada salad aku. Ya, aku tengah diet sekarang jadi nasi goreng yang masak tadi hanya untuk Ashfar saja.

Settle salad aku, aku pergi ke meja makan dan duduk. Aku pandang Ashfar yang menikmati nasi goreng. Nasib baiklah Ashfar ni tak complaint apa-apa tentang masakan aku. Kalau dia complaint, memang lepas ni takde aku masak untuk dia dah.

"Ashfar." Panggil aku.

"Hm."

"Would you like to join my company dinner, tonight?" Soal aku sebelum suap salad ke dalam mulut. Aku terima je jawapan Ashfar, aku takde harapan apa-apa pun.

Ashfar mengangkat wajahnya. Company dinner? Ajakan Natasha tiba-tiba sangat. Dia berbelah bahagi untuk jawab soalan Natasha tu.

"It's okay if you tak nak. Don't bother with that." Ujar aku, masih fokus pada salad aku. Nak tunggu jawapan Ashfar, minggu depan belum tentu dapat.

"I'll let you know if I ikut."

Aku pandang Ashfar lalu senyum. "Sure."

Macam ni lah perbualan aku dan Ashfar tiap-tiap hari. Ini yang ibu suruh aku cuba sayangkan Ashfar. Good communication is the base for a relationship. Kalau kitorang communicate pun macam ni, lupakan jelah.

______

Selesai urusan aku dan big boss, aku terus melangkah ke pantri. Waktu-waktu macam ni memang ramai lah kat pantri. Semua nak kudap-kudap elak mengantuk.

Aku pergi ke mesin kopi dolce gusto dan aku buat chococino. Bila siap, aku hirup sedikit untuk mengurangkan rasa sejuk. Maklumlah, office ni macam gunung everest sejuknya memandang big boss memang suka sejuk-sejuk macam ni.

"Babe..."

Aku toleh ke arah suara itu walaupun aku tahu milik siapa suara tu. "Apo?" Soal aku lalu menghirup sekali lagi minuman aku.

"Dinner malam ni, husband kau join tak?" Soal Ehsan sambil membuat minumannya juga.

"Entah. Dia tak confirm lagi."

"Eh, boleh pula macam tu. Alah, malam bukannya dia pergi mana-mana pun."

Aku hanya angkat bahu tanda tidak tahu.

"Kalau husband kau datang malam ni kan, he can expand his network. Well, we're not just inviting the staffs but high up sekali kot."

"Kalau dia fikir macam tu maksudnya dia memang otak bisnes je. Macam takde perasaan langsung."

Dia Bukan SempurnaWhere stories live. Discover now