00 : 38

1.6K 155 257
                                    


EH HI SI CANTIK HSHSHS. miss PHMH ? rindu izwan ngn marina tak ? or ada jugak yang rindu laura ?

after long waits, insyaAllah wanyhoney akan comeback sepanjang cuti semester ini. doakan semoga saya dapat habiskan PHMH secepat mungkin ya ? korang pun mesti tak sabar kan nak baca ending ? hehe.

selain sibuk dengan kehidupan di universiti, kesihatan saya juga merosot sejak beberapa bulan ni. membuatkan saya beberapa kali ditahan di wad kecemasan. juga, pengambilan ubat ubat yang memerlukan pantauan doktor membuatkan saya perlu ke klinik secara berkala. doakan kesihatan saya ya ? saya masih nak hidup :)

oh, jangan lupa, PHMH sad ending ya !

anyways, enjoy.

songs recommended;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

《 holding you again 》

.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading bluberries <3

.
.
.
.
.
.
.
.

JUJUR aku katakan, badan aku rasa sangat sangat lemah. Seperti baru bangun dari tidur yang lama. Tapi yang buat aku rasa seakan lagi bingung adalah kerana kepala aku rasa sakit apabila aku cuba ingat apa sebenarnya yang berlaku.

Badan aku pun susah untuk digerakkan. Nak capai selimut pun payah. Sehingga aku terpaksa panggil jururawat buat membantuku.

Mulut aku terasa sangat kering walaupun dah beberapa kali minum air yang disuap jururawat.

Abah, ummi...

Sakit...

"Ah..." aku cuba bangun daripada katil tapi rasa sakit tidak terperi membuatkan aku mengalah lalu memilih untuk terus bangun.

Badan aku pun terasa lemah je. Mata aku terarah pada jam di dinding yang menunjukkan jam 3 petang. Ummi mana? Kenapa aku ada kat sini?

"Adik, jangan banyak bergerak. Adik kan baru je sedar. Doktor dah pesan yang adik kena banyakkan berehat. Kalau nak apa apa boleh panggil akak ataupun jururawat yang lain. Okay?"

Aku mengangguk lemah walaupun masih blur blur ayam. Aku terlalu penat untuk bercakap. Jururawat cantik yang sedang membetulkan jarum pada tanganku ini aku perhatikan ralit.

[OG] Pujaan Hati Mr HeadprefectWhere stories live. Discover now