bismillah,
dengan ini , kami di pujaan hati mr headprefect [ PHMH ] dengan rendah hati ingin mengucapkan..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH RAKYAT WATTPAD TERUTAMANYA OUR BELOVED BLUEBERRIES. WE LOVE YOU <3
( ⚠️ 16+ ONLY ! )
song recommended ;
<< terluka >>
.
.
.
.
.
.
.enjoy reading blueberries <3
.
.
.
.
.
.
.
.JAM menunjukkan pukul 1 pagi.
Hari ini merupakan antara hari tersibuk buat aku. Dari pagi sampai sekarang, aku masih sibuk menyiapkan design kad jemputan yang aku mahukan. In sha Allah, majlis kahwin aku akan diadakan secara kecil kecilan dan penuh bersederhana.
Aku juga cuma menjemput ahli keluarga dan rakan rakan terdekat. Tapi tak tahu bagaimana pula dengan pihak lelaki. Kerana kebanyakkan dari persiapan kahwin disempurnakan oleh mama dan ummi.
Eh, aku nak kahwin dengan siapa?
Err entah, cuba teka. Hehe. Kalau salah, denda ketuk ketampi sambil pargoy depan pintu mall!
Sempat aku mengerling tangan yang terhias dengan sebentuk cincin. Aku mengusap cincin itu penuh kasih. Semalam, majlis pertunangan aku dan encik tunang berlangsung juga secara kecil kecilan.
Aku menjemput rakan rakan terdekat iaitu Amelia, Afieya, Diyana, Syuhada dan juga Raisya. Namun, Diyana tidak memunculkan diri di majlis pertunangan aku. Mungkin dia sibuk?
Abah?
Aku menelefon abah untuk menjemput, tapi abah menolak panggilan aku. Aku cuma hantar satu mesej untuk menjemput lelaki itu datang. Tapi malangnya, mesej itu cuma dibaca. Tidak dibalas sama sekali.
Beberapa saudara mara terdekat seperti mak long dan yang lain serta sepupu sepupu aku juga datang semalam.
Tunangan aku tak datang. Dia sekarang ada di Jepun bagi menyelesaikan beberapa perkara di sana sebelum hari perkahwinan kami yang tak lama bakal kunjung tiba.
Nak terkencing pula aku membayangkan yang ada lebih kurang 5 hari lagi sebelum akad nikah akan terlafaz. Aku tak tahu kenapa ummi dan mama tidak benarkan kami berdua untuk bertunang lama lama. Kalau boleh, lepas tunang tu terus kahwin.
YOU ARE READING
[OG] Pujaan Hati Mr Headprefect
Roman pour Adolescentsselamat datang ke penerbangan wany airlines ♡ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi dunia alam persekolahan yang penuh drama + tekan 'read' untuk menjadi ahli baru dalam dunia yang akan buat anda tersenyum, menangis dan ketaw...