« first attempt to each other ».
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.AKU mengelap peluh yang merintik di dahi.
Penat weh. Aku lari dari aspuri sampailah sekolah. Kalau Usain Bolt nampak, confirm dia pun hantar surat bersara.
Nasib baik aku pakai baju sukan harini. Tak lah nampak macam kelawar terbang sangat bila lari.
Korang mesti tertanya tanya kan kenapa aku lari macam peserta marathon? Time sukan tak ada pulak lari macam ni.
Aku bangun lewat pagi tadi. Sekarang dah pukul 7:40! Pagar sekolah mesti dah tutup!
Aku lajukan langkah walaupun dalam kategori berjalan. Dah penat lari. Peluh aku mengalir macam air terjun kat sungai congkak.
Aku menghentikan langkah. Sudah jatuh, ditimpa tangga. Haih. Apalah nasib aku.
Lutut aku terasa longgar melihat tiga orang jejaka segak berkemeja ungu dan berkot hitam sedang 'berkawal' di situ.
Alahai. Tak ada orang lain yang datang lambat selain aku ke harini? Apa nak buat ni? Nak ikut gate rahsia? Gate rahsia tu ada kat belakang bangunan sekolah.
Gate kecik tu dulu gate untuk pelajar yang bawak motor tapi dah ditutup. Tapi, ada lubang lubang kecik kat pagar tu dan aku muat nak masuk! Badan aku ni kecik macam model tahu tak? Hahaha.
Macam mana aku tahu pasal gate rahsia tu? Aku sebenarnya di antara budak nakal kat sekolah ni. Tak adalah nakal sampai ada rekod disiplin. Nakal nakal macam tu je. Setakat menyelinap masuk aspuri time rehat kalau kantin penuh.
YOU ARE READING
[OG] Pujaan Hati Mr Headprefect
أدب المراهقينselamat datang ke penerbangan wany airlines ♡ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi dunia alam persekolahan yang penuh drama + tekan 'read' untuk menjadi ahli baru dalam dunia yang akan buat anda tersenyum, menangis dan ketaw...