« i owe you »
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.enjoy reading my blueberries ♡
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.° FLASHBACK °
"MEENA, kat sekolah nanti jangan lupa jaga solat. Yang penting sekali, jaga diri tu baik baik."
Aku yang sedang sibuk mengikat tali kasut di tempat duduk kereta bahagian belakang cuma mengangguk kecil.
"Kalau ada orang buli Meena, cepat cepat bagitahu ummi. Jangan diam je,"
Aku ketawa kecil.
"Ummi, siapa yang berani nak buli anak perempuan ummi yang pandai kung fu mengalahkan Bruce Lee ni?"
Ummi menggeleng gelengkan kepalanya.
"Nampak lipas pun bergegar satu rumah. Bila masa pulak Meena tu pandai berkung fu? Cuba tunjuk dekat abah," Abah yang sedang tekun memandu mencelah.
Aku mencebik.
Lipas tu lain lah. Aku memang trauma dengan serangga macam tu. Sekali dia terbang, kecut segala organ dalaman aku.
Ummi menoleh ke belakang. Wajahnya memaparkan riak sedih. Aku cuba mengawal diri dari menangis.
"Ummi, tak payah lah risau. Meena kuat. Meena takkan biarkan orang buli Meena. Okay?"
Ummi melepaskan keluhan berat.
"Sayang..." abah merangkul bahu ummi di sebelah.
"Meena akan dapat sesuaikan diri dekat asrama tu. Jangan risau,"
Aku tersenyum pahit.
Ini merupakan kali pertama aku berpisah dengan ummi dan abah. Hari pertama untuk pendaftaran masuk ke asrama.
Ummi memegang tangan abah lalu menggenggamnya erat. Aku di belakang dah tak senang duduk.
Nak sweet sweet dekat rumah boleh tak? Ummi lupa ke ada budak bawah umur dalam kereta ni iaitu aku?
Aku menghalakan pandangan ke luar tingkap kereta. Deretan sawah padi mendamaikan suasana. Tak sangka, aku dah masuk 13 tahun. Sejujurnya, aku kalau boleh memang tak nak masuk asrama ni.
YOU ARE READING
[OG] Pujaan Hati Mr Headprefect
Teen Fictionselamat datang ke penerbangan wany airlines ♡ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi dunia alam persekolahan yang penuh drama + tekan 'read' untuk menjadi ahli baru dalam dunia yang akan buat anda tersenyum, menangis dan ketaw...