𝑪'𝒔 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍 |1

85.3K 3.1K 649
                                    

6 tahun lepas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

6 tahun lepas

Amanda dan Alissa melabuhkan punggung di astaka. Matanya tidak lepas daripada memerhati seorang jejaka yang telah mendapat perhatiannya semenjak beberapa bulan lalu. Kapten bola sepak di kolej itu.

"Manda, best ke buku yang kau pegang tu?" Terhinjut sedikit bahu Amanda apabila dia menerima soalan daripada Alissa. Dia yang dari tadi lagi asyik memerhati ke arah jejaka itu.

"Ini? Best lah juga. Aku baru start baca."

"Oh I see. Tajuk apa? Aku nampak kau selalu juga pegang waktu kita free."

Novel Angelfall itu dihulurkan kepada Alissa.

"Cantik cover dia. Nanti aku nak pinjam boleh tak?" Alissa membelek belek ruangan dalam novel itu. Turut dibacanya sinopsis novel.

"Boleh, cantik. Macamlah kau tak biasa rembat barang aku." Jawab Amanda berserta jelingan gurauannya itu.

"Thanks, babe." Alissa memeluk erat badan Amanda. Mereka berkawan sejak dari tahun pertama semester lagi. Dan kini, dah semester ketiga. Bersamaan tahun kedua mereka berada di kolej ini. Jurusan yang dipilih juga adalah sama. Kerana itulah mereka digelar kembar tak seiras.

Amanda kembali menumpukan pandangannya ke arah jejaka hot itu. Tengku Emir Cullen! Siapa je tak kenal? Boleh dikatakan Tengku Emir ini menjadi igauan setiap gadis terutama junior. Lihat sajalah bilangan penonton yang hadir pada hari ini. Majoritinya ialah perempuan.

"Kau sebenarnya ajak aku datang sini sebab nak tengok mamat tu kan?" Bicara Alissa kembali menggamit perhatian Amanda.

Amanda hanya senyum. Alah kawan dia ni pun. Takkan tak boleh agak.

"Aku tak kisah kalau kau minat si Cullen tu. Tapi kau kena hati hati dengan dia. Aku ada dengar yang dia dah tidur dengan banyak perempuan." Alissa berbisik perlahan di hujung telinga Amanda. Tidak mahu yang lain mendengar bisikannya.

Amanda mengerutkan dahi. Dia tak berapa berkenan dengan cara Alissa yang judge Tengku Emir macam tu. Dia nampak lelaki tu baik je.

"Kau dengar siapa yang cakap Sa? Jangan main tuduh je." Amanda menggelengkan kepalanya perlahan. Matanya kembali ditumpukan ke arah Tengku Emir yang tangkas menjaringkan gol itu.

"Yeay, Emir." Kedengaran sorakan daripada penonton penonton di situ. Ada yang siap bangun lagi. Hmm.

"Tengok tu. Berapa ramai perempuan yang syok dekat dia." Alissa membisik lagi. Kali ini, dia membelek novel milik Amanda.

Cullen's Angel (TERBIT)Where stories live. Discover now