SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER
Tarikh preorder bermula 25/05/2023
Harga:
SM: RM28.00
SS: RM31.00
Status: Completed
Tengku Emir Cullen | Amanda Haura
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Eiman, lepas balik tadika kita pergi rumah tokma ya." Amanda memberitahu sambil mengemaskan pakaian sekolah anak lelakinya itu.
"Yeay, jumpa tokma. Dah lama Eiman tak jumpa tokma." Tengku Eiman melompat lompat dengan tangan yang ditepuk kuat. Dah lama dia tak jumpa dengan tokmanya.
"Suka tak?" Soal Amanda berserta senyuman lebar. Saja dia tanya. Anaknya ini rapat dengan mama. Itulah sebab apabila diberitahu akan balik ke rumah mama, tentu saja Tengku Eiman gembira.
"Sukaaaa." Meleret jawapan yang Tengku Eiman berikan.
"Okay, dah siap. Jom. Nanti lewat pula nak ke sekolah. Eiman kena sarapan dulu." Amanda mengambil beg sekolah Bat Man itu lalu ditarik lembut tangan Tengku Eiman supaya mengikutinya.
"Duduk dulu. Mummy ambilkan cereal." Sampai di bahagian dapur kering, Amanda menekan sedikit bahu Tengku Eiman supaya menjatuhkan duduk pada kerusi bar itu.
Dia melangkah ke arah kabinet lalu kotak bijirin Cococrunch diambil. Dia berlalu pula ke arah peti ais lalu dibuka pintu peti tersebut sebelum dia mengeluarkan susu segar.
Dibawa bijirin serta susu segar itu ke arah Tengku Eiman yang sedang memaku wajah dengan tangannya. Matanya dibawa untuk melihat sang mummy.
Amanda menuangkan bijirin itu ke dalam mangkuk sebelum menuangkan susu segar ke atasnya.
Dia menolak mangkuk itu ke arah Tengku Eiman. Baru saja dia ingin mencapai sudu plastik itu, Tengku Eiman terlebih dahulu mencapainya.
"Biar Eiman makan sendiri. Eiman dah big boylah mummy. Nanti ni Eiman boleh jaga mummy." Kata Tengku Eiman seraya menyuap perlahan bijirin itu ke dalam mulutnya.
Terukir senyuman pada wajah Amanda. Dia mengusap usap rambut anaknya itu. Kata kata Tengku Eiman sering saja membuatkan dia terharu.
"Ingat Eiman. Walau apa pun yang akan jadi, mummy tetap sayangkan Eiman." Ujar Amanda lalu dia menjatuhkan ciuman pada rambut Tengku Eiman.
"Eiman pun sayangkan mummy." Balas Tengku Eiman dengan senyuman lebar kepada mummynya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.