𝑪'𝒔 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍 |3

55.8K 2.7K 423
                                    

Amanda rasakan Tengku Emir ibarat chipsmore

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amanda rasakan Tengku Emir ibarat chipsmore. Setelah pertemuan mereka dua hari lepas, lelaki itu sudah tidak menghubunginya. Pada awalnya dia hairan tetapi akhirnya dia biarkan saja. Malas nak sesakkan fikiran. Dekat kolej pun dia jarang bertemu dengan lelaki itu. Mungkin kerana fakulti mereka berlainan.

Dan hari ini, Tengku Emir boleh pula buat grand entrance dekat tengah laluan depan bilik kuliah dia. Bersama sahabat sahabatnya yang dia turut kenali iaitu Syed Akhtar, Syed Firash serta Megat Iskandar.

"Amanda." Kuat namanya diseru oleh Tengku Emir. Bersama lambaian tangan ke arahnya. Rasa malu menyelinap dalam diri Amanda apabila hampir semua rakan rakan sekelasnya memandang ke arahnya. Rata ratanya berwajah hairan.

Apabila tiada sahutan daripada Amanda, sekali lagi Tengku Emir menyeru namanya. Lebih lantang sehingga menggamit mata mata pelajar yang lalu lalang di laluan itu.

Mujur sahaja sekarang ni pensyarah tak ada. Kalau tak, mahunya dia kena azan.

"Aku keluar kejap Lisa."

"Haa pergi lah. Lagi lama dia tunggu kang lagi teruk dia panggil kau." Wajah Alisa waktu ini terpamer kurang senang dengan sikap Tengku Emir.

Amanda bangun dari kerusinya lalu berjalan ke arah pintu bilik kuliah. Dapat dia rasakan mata mata pelajar lain yang melekat pada wajahnya. Entah, malas pula dia nak ambil tahu.

"Nak apa?" Soal Amanda perlahan. Dia membawa langkah ke arah kawasan yang lebih sunyi berbanding tadi. Tengku Emir mengikut dari belakang manakala tiga orang lagi mengambil tempat di meja rehat yang berada di taman itu.

"Nak you. Boleh tak?" Waktu waktu macam ni, Tengku Emir masih lagi melawak. Amanda menggariskan senyuman ringkasnya. Terhibur juga dengan perilaku Tengku Emir itu.

"Takde lah I gurau je. I nak bagi ni sebenarnya." Tengku Emir menarik satu kad dari dalam fail miliknya lalu diberikan kepada Amanda.

"Apa ni?" Soal Amanda sedikit hairan. Diambil juga kad itu dari tangan Tengku Emir.

"I harap you dapat datang." Tidak dijawab pertanyaan Amanda malah dia sempat menitipkan pesan.

'Tengku Emir birthday party.'

"Birthday awak?" Walaupun dah tahu, Amanda saja bertanya.

"Yup, birthday I. I harap you dapat datang untuk pastikan I happy sepanjang malam itu." Jika didengar dengan teliti, ayat itu berbaur double meaning.

"Sure! Birthday awak, mestilah saya datang." Gila tak pergi! Birthday crush kot!

"Thank you, Amanda." Ucap Tengku Emir berserta senyuman manis seperti kebiasaannya.

"Sama sama." Balas Amanda turut mesra.

"Nak hadiah apa?" Amanda tidak berapa arif tentang hadiah lelaki. Memandangkan dia anak tunggal, jadinya dia tak pernah membelikan sesiapa pun hadiah. Terutama lelaki.

Cullen's Angel (TERBIT)Where stories live. Discover now