𝑪'𝒔 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍 |5

60.7K 2.7K 352
                                    

Kini, telah dua minggu semenjak kejadian itu berlaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kini, telah dua minggu semenjak kejadian itu berlaku. Amanda kerap menyepikan dirinya. Kepada Alisa, dia tidak menceritakan hal itu. Biarlah dia menutup aibnya itu selagi boleh.

Pesanan dan panggilan daripada Tengku Emir pun dia tak balas. Dia malas. Jika difikirkan kembali, bodohnya dia jatuh cinta akan lelaki itu. Kenapa? Kenapa?

"Manda." Masuk kali ini, dah dua kali Alisa memanggil nama sahabatnya itu. Namun, Amanda nampaknya hanyut dalam dunianya sendiri.

"Amanda." Kali ini, sekali dengan pakej ditepuknya meja belajar itu. Tersentak sedikit Amanda yang ketika itu tengah memikirkan tentang hal itu.

"Kenapa?" Soalnya dengan mimik muka bingung. Dia memerhati segenap ruang bilik kuliahnya. Masih lagi lengang kerana masih awal lagi sekarang ni.

"Kau kenapa? Aku panggil tiga kali baru kau menyahut?" Tanya Alisa lalu badannya dihalakan ke arah Amanda.

"Aku nampak kau lain sejak daripada hari jadi si Cullen tu. Ada apa apa jadi ke dekat sana?" Soal Alisa bersama nada yang mulai musykil. Dia dah bau bau tidak enak tetapi masih malas nak menerka dalam samar. Biarlah Amanda sendiri yang menceritakan tentang perkara yang telah terjadi.

"Tak ada apa apalah. Aku kurang sihat sikit lately ni." Nafi Amanda perlahan lalu dia berpura pura batuk bagi menampakkan bahawa dia memang tak sihat. Dia malas nak bagitahu sesiapa tentang perkara itu. Ada baiknya dia mulai melupakan kejadian tersebut kerana dia rasakan tiada sebarang perubahan yang berlaku pada dirinya.

Alisa memicingkan matanya. Gayanya memang dia tak percaya langsung dengan kata kata Amanda tetapi dia malas mahu memaksa sahabatnya itu. Andai Amanda ingin bercerita, dia akan mendengar. Kalau tak, lupakan saja. Mungkin Amanda ingin waktu bersendirian.

"Yelah yelah. Ni aku nak tanya, kau nak pergi kafe tak? Aku nak beli sandwich. Tak sempat sarapan tadi beb. Aku tumpang mama aku datang kolej." Cerita Alisa sambil memegang perutnya.

Amanda hanya ketawa kecil melihat perilaku Alisa yang tak ubah bagai budak budak itu.

"Yelah, jomlah." Amanda bangun dari kerusinya lalu dia mengambil purse serta iPhone miliknya. Alisa mengikuti dari belakang.

Setibanya di ruangan kafe, Amanda lihat suasana yang masih lagi lengang. Dia tidak hiraukan mata mata yang memandang ke arah mereka berdua. Suka diingatkan bahawa semenjak dia masuk ke sini tahun lepas, memang majoriti lelaki ramai yang try mengorat dia. Tapi dia tak layan.

"Aku duduk dekat situ." Amanda mencebirkan bibirnya ke arah meja kafe yang kosong itu.

"Yelah."

Amanda menghantar langkah Alisa sebelum dia melabuhkan duduk pada kerusi kafe itu.

Amanda menghantar langkah Alisa sebelum dia melabuhkan duduk pada kerusi kafe itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cullen's Angel (TERBIT)Where stories live. Discover now