SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER
Tarikh preorder bermula 25/05/2023
Harga:
SM: RM28.00
SS: RM31.00
Status: Completed
Tengku Emir Cullen | Amanda Haura
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kini
"Mummy, mummy; I want that ice cream." Unjuk budak lelaki itu ke arah sebuah kiosk aiskrim yang berada di kiri jalan itu.
"Sure honey." Amanda memberantakkan rambut anaknya sebelum ketawa halus apabila melihat wajah cemberut sang anak.
Inilah kekuatannya. Kekuatannya dalam tempoh lima tahun ini.
Kekuatannya yang datang selepas dirinya diperlakukan bagaikan dia tiada perasaan. Tiada maruah.
"Mummy, nanti Eiman dah tak hensem." Budak lelaki itu mencebikkan bibirnya.
Tengku Eiman Nuriel.
"Anak mummy sentiasa hensem." Balas Amanda.
"Sini, mummy dukung." Amanda lantas menyauk tubuh anaknya itu untuk melintas jalan raya yang agak sesak.
"Okay, mummy."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Sit here." Amanda meletakkan Tengku Eiman di atas sebuah bangku yang terletak di tepi tasik sebelum dia melabuhkan duduk di sisi anak lelakinya itu.
"Sedap ke?" Amanda menyengetkan kepala melihat sang anak yang sedang menjilat aiskrim yang kian cair itu.
"Sedap." Balas Tengku Eiman sepatah. Mulutnya kini sudah habis comot dengan kesan coklat. Apabila Amanda melihat Tengku Eiman, tentu saja dia terbayang wajah seseorang. Seseorang itu juga sukakan coklat.
"Mummy."
"Ya, sayang." Sahut Amanda.
"Tadikan ada kawan Eiman ejek Eiman tak ada ayah." Bergenang air mata kanak kanak itu sewaktu menuturkan kata.
Dia nak ada ayah macam orang lain. Kenapa mummy sentiasa cakap yang daddy kerja jauh? Dah lama daddy tak jenguk. Mummy cakap daddy kerja dari dia kecil lagi.