SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER
Tarikh preorder bermula 25/05/2023
Harga:
SM: RM28.00
SS: RM31.00
Status: Completed
Tengku Emir Cullen | Amanda Haura
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Amanda menolak kasar badan Tengku Emir sebelum dia membuka pintu kereta milik lelaki itu dengan kadar pantas sehinggakan Tengku Emir tertolak ke belakang.
"Amanda. Sayang." Kalut Tengku Emir bersuara apabila melihat Amanda yang mulai berlalu bersama Tengku Eiman.
Dia keluar daripada keretanya. Baru saja dia ingin mengejar langkah Amanda, kedengaran deringan yang keluar daripada poket kotnya.
Matanya masih dihalakan ke arah Amanda yang laju berjalan sambil mendukung Tengku Eiman yang melambai lambai ke arahnya.
Dia mengukirkan senyuman khas untuk Tengku Eiman sebelum dia turut melambai kembali ke arah anaknya itu.
"Nanti daddy jumpa Eiman balik ya." Jeritnya kuat sehingga menggamit mata manusia sekeliling.
Apabila kelibat Amanda dan Tengku Eiman hilang dari pandangan matanya, dia mulai mengeluarkan telefon yang tiada tanda tanda untuk berhenti itu.
Naik nama pembantu persendiriannya itu. Dia mengeluh sesaat sebelum melekatkan iPhonenya pada telinga.
"Yes, Zila?"
"Maaf, Tengku. Saya cuma nak maklumkan yang Tuan Syed dah tunggu Tengku dekat Grand Hyatt. Katanya, dia nak percepatkan waktu mesyuarat." Beritahu PA nya dengan kalut.
Terbakar sedikit Tengku Emir.
'Pandai pandai nak ubah waktu ni kenapa? Ingat aku tak ada kerja lain ke?'
"Kenapa baru inform I? Cakap dekat Tuan Syed yang I akan datang ke sana mengikut waktu asal meeting. Jangan nak pandai pandai ubah waktu. Bukan dia sorang je busy, I pun busy juga." Bebel Tengku Emir laju.
"Er, baik Tengku." Terkulat kulat Zila di hujung talian apabila dimarahi oleh Tengku Emir itu.
"Hmm, ada apa apa lagi ke? I nak tutup call ni?" Soal Tengku Emir.
"Tak ada apa apa dah Tengku. Itu saja." Tepat dengan perkataan terakhir, Tengku Emir terus menutup panggilan itu. Tiada masa untuk mendengar apa apa maklumat lagi.
Kakinya masih lagi statik di situ. Cuba mencerna segala kejadian yang terjadi.
"Until we meet again, Amanda." Ujarnya perlahan bersama sinisan di hujung bibir.
Lepaskan Amanda? Tak. Itu tak akan terjadi dalam hidup dia. Cukuplah dia menjadi bodoh selama enam tahun ni. Melepaskan Amanda dan anak mereka, itu hanya akan terjadi dalam mimpi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.