SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER
Tarikh preorder bermula 25/05/2023
Harga:
SM: RM28.00
SS: RM31.00
Status: Completed
Tengku Emir Cullen | Amanda Haura
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sekali lagi, Amanda menyepikan dirinya. Tengku Emir kian kesuntukan masa kerana lusa dia akan berangkat ke Amsterdam. Sudah seminggu dia tidak ke kolej memandangkan dia sudah mengambil surat pertukaran tempat pengajian.
Baru saja dia ingin melangkahkan kaki keluar daripada kawasan rumah, tentu saja pandangan amaran mummy serta daddy menyapa ruang matanya. Oleh itu, dia buat keputusan untuk tidak membangkang arahan mummy dan daddy.
Pagi esok, dia akan curi masa untuk bertemu dengan Amanda buat kali terakhir. Dia ingin memberikan cincin kepada gadis itu sebagai tanda bahawa Amanda kepunyaannya. Dia janji; habis saja pengajiannya, dia akan minta mummy dan daddy meminang Amanda bagi pihaknya.
"Emir." Kedengaran suara mummy memanggil namanya diiringi dengan ketukan pintu.
"Ya, my. Kenapa?" Soal Tengku Emir. Dia memasukkan helaian terakhir baju miliknya ke dalam bagasi. Dia tidak suka jika pembantu rumah menyentuh barangannya lebih lebih lagi pakaiannya.
"Buka kejap." Mummy tidak henti henti mengetuk pintu bilik anak terunanya itu.
Tengku Emir berlalu ke arah pintu biliknya. Dibukakan pintu lalu terjongol wajah mummy di situ.
"Kenapa my?" Soal Tengku Emir bersama kerutan halus pada dahi.
"Akhtar, Is dengan Firash ada dekat bawah. Katanya nak ajak you keluar untuk kali terakhir. Pergilah, mummy izinkan." Jelas mummy bersama senyuman manis.
"Oh, okay my. Cakap dekat diorang tunggu kejap. Emir nak bersiap." Tengku Emir membalas senyuman manis mummynya itu.
Pintu kembali ditutup setelah mummy membuka langkah ke arah tangga.
Sekali lagi, dia cuba menelefon Amanda namun tak berangkat. Tingkat kesabarannya semakin menipis. Fuh! Kalau tak ingatkan hari ini adalah bukan hari cuti, dah lama dia heret Amanda keluar. Jangan disabar cabarnya.
Akhirnya, dia menitipkan pesan. Menitipkan pesan supaya gadis itu mengangkat panggilannya atau dia akan buat hidup Amanda berantakan.
Namun, hanya satu tick. Dia menghempaskan iPhonenya ke atas tilam sebelum dia menukar pakaiannya kepada pakaian yang lebih sopan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.