𝑪'𝒔 𝑨𝒏𝒈𝒆𝒍 |2

58.6K 2.8K 520
                                    

Amanda menjeling perlahan skrin telefon yang dari tadi lagi tidak berhenti berkelip

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Amanda menjeling perlahan skrin telefon yang dari tadi lagi tidak berhenti berkelip. Nombor seseorang yang tak dikenali timbul.

Tanpa sedar, dia mengeluh perlahan apabila pemanggil di sana tiada tanda untuk menghentikan panggilan itu.

Akhirnya, dia mencapai juga iPhone miliknya itu. Diseret ikon hijau itu lalu iPhone miliknya ditekapkan pada telinga.

"Hello." Sapanya dengan sedikit malas. Dia meletakkan pen di atas buku rujukannya.

"Hello Amanda Haura." Sahut seseorang di hujung talian sana. Kedengaran suara garau yang dapat menghentikan degupan jantungnya.

"Tengku Emir." Getusnya perlahan.

"Yes, dear. You're right." Demi mendengarkan itu, bibir Amanda tanpa sedar melakarkan satu senyuman manis.

"Kenapa call saya?"

"Rindu nak dengar suara you." Sinisan naik terbentuk pada hujung bibir Emir. Gayanya dia dah memang menang tanpa perlu bertanding apabila mendengar suara yang berubah ceria sejurus saja mendengar suara miliknya itu.

"Err." Terasa membahang pipi Amanda tika ini. Entah kenapa, dia rasakan bahawa Tengku Emir ingin menggodanya. Dia menyelit rambutnya di belakang telinga sebelum membawa langkah menuju ke arah balkoni yang menghidangkan pemandangan kolam renang di banglo 2 tingkat itu.

"Tak rindu I ke? Yelah siapa je I ni kan untuk you rindu." Tengku Emir berpura pura menghibakan nada suaranya. Sambil itu, matanya tidak lepas memerhati wajah setiap seorang sahabatnya yang dari tadi lagi tidak lekang daripada menayangkan wajah penuh minat. Ingin tahu apa yang akan terjadi antara Tengku Emir Cullen dengan Amanda Haura.

"Ehh mana ada." Pantas Amanda menafikan. Apabila mendengar ketawa halus milik Tengku Emir menyapa halwa telinganya, dia menggigit halus bibir merahnya itu. Tahu bahawa dia sudah tersilap dalam menyuarakan isi hati.

"Maksudnya you rindu I lah ni? How glad." Sekali lagi, hujung bibir Tengku Emir naik. Matanya galak memberikan isyarat kepada tiga orang sahabatnya itu.

Amanda diam. Tidak mengiyakan mahupun menafikan kerana apa yang diucapkan oleh Tengku Emir adalah benar belaka. Tapi takkanlah dia nak mengaku bahawa dia turut rindukan lelaki itu. Rasa rindu untuk menatap seraut wajah dan mendengar suara Tengku Emir selepas kali pertama berbicara lebih tujuh hari yang lalu.

Dia tidak mencari Tengku Emir manakala lelaki itu juga tidak mencarinya. Jadi, dia buat kesimpulan bahawa dia takkan memulakan langkah pertama. Dia malu. Bimbang juga jika dicap sebagai perempuan tak tahu malu di kolej kerana mencari Tengku Emir.

Ini, mahunya dia tak terperanjat apabila selepas seminggu dia dihubungi kembali oleh lelaki itu.

"Tengah buat apa?" Tengku Emir bertanya apabila tiada tanda tanda bahawa Amanda akan membalas pertanyaan dia sebentar tadi. Pasti gadis itu malu.

Cullen's Angel (TERBIT)Where stories live. Discover now