SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER
Tarikh preorder bermula 25/05/2023
Harga:
SM: RM28.00
SS: RM31.00
Status: Completed
Tengku Emir Cullen | Amanda Haura
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kini, tibalah acara potong kek. Amanda setia berada di sisi Tengku Emir kerana dia tak tahu nak bawa langkahnya ke mana memandangkan hanya dia sahaja junior yang dijemput.
"Yeay." Kedengaran tepukan daripada para tetamu yang hadir.
Amanda kembali semula ke arah sofa apabila selesai mengambil kek yang dipotong. Dia bukanlah penggemar kek tapi bolehlah kalau hanya untuk sesuap dua.
Selesai sahaja menyuap suapan terakhir, dia mengerling ke arah jam tangan Swarovski yang melilit pergelangan tangannya. Dah pukul 11. Tak terasa masa berlalu apabila berada dengan Tengku Emir.
Dia rasa, dia dah boleh balik memandangkan dia lihat ramai yang mulai keluar dari perkarangan rumah itu.
Dibawa langkahnya ke arah Tengku Emir yang sedang berbual di tepi kolam itu. Dapat dilihat wajah gembira lelaki itu.
"Emir." Panggilnya lembut. Bukan hanya Tengku Emir yang memalingkan wajah tetapi tiga orang lagi tali barutnya turut memalingkan wajah ke arah Amanda.
Tengku Emir memberitahu sesuatu kepada Syed Akhtar sebelum dia membawa langkahnya mendekati Amanda.
"Ya. Kenapa? Dah nak balik ke?" Tengku Emir mengerling clutch yang dipegang oleh gadis itu.
"Ya, dah lewat ni. Nanti mama saya bimbang." Balas Amanda lembut. Tangannya naik membetulkan juntaian rambut yang menutup wajahnya.
"Kejap eh." Tengku Emir kembali semula ke arah sahabat sahabatnya itu. Dia memberitahu sesuatu dengan nada perlahan. Amanda dapat memerhatikan tiga orang sahabatnya itu mulai membuka langkah.
"Good night, Amanda." Syed Akhtar menjongketkan senyuman sinis ketika melintasi Amanda. Syed Firash serta Megat Iskandar hanya melemparkan senyuman ringkas mereka.
Kini, tinggallah Amanda dan Tengku Emir berduaan. Mulalah, dia rasa takut.
Dia baru teringat bahawa dia tak ada lihat lagi orang tua Tengku Emir. Ke memang parti ni khas untuk rakan rakannya sahaja?
"Saya balik dulu ya." Amanda meminta izin sekali lagi. Baru saja dia ingin memutarkan badan, terasa pinggangnya ditarik merapat ke arah Tengku Emir. Membuatkan jantungnya terpaksa bekerja lebih masa lagi.
"Kenapa?" Soal Amanda lalu matanya menyoroti wajah Tengku Emir yang jauh lebih tinggi darinya.
"Tunggulah kejap. I nak borak borak dengan you." Balas Tengku Emir lalu menyangkutkan dagunya pada bahu Amanda.
'Borak apa malam malam macam ni? Orang dah tak borak waktu waktu macam ni.' Detik hati Amanda.
Namun, suara hatinya tidak dizahirkan secara nyata. Dia akur apabila Tengku Emir menariknya ke arah kolam yang terdapat kerusi rehat di situ.
"Duduklah dulu." Tengku Emir menekan bahu Amanda supaya melabuhkan duduk di situ.
Nak tak nak, Amanda terpaksa juga duduk. Nasib baiklah bajunya ini tidak sendat. Kalau tak, mahunya terkial kial dia nak angkat kaki.