"KAU buat apa dekat sini? Kau berambus! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi." Pandangan maha tajam dari sang lelaki membuatkan gadis tersebut menundukkan wajah ke bawah.
Perubahan mendadak daripada lelaki itu membuatkan dia gementar. Tengku Emir yang dia kenal bukan begini orangnya. Mengapa Tengku Emir berubah watak? Apa salah dia?
"Mir, sabar Mir. Kita dengar dulu apa yang Amanda nak cakap." Syed Akhtar memujuk perlahan Tengku Emir yang sudah mulai marah. Dada berombak perlahan.
Sudahlah mereka menjadi pusat perhatian orang pada ketika ini. Mereka berada di tengah-tengah ruang menunggu untuk berlepas.
"Nak dengar apa? Betina ni curang dengan aku. Itu yang aku nampak." Lantang Tengku Emir bersuara sehingga menggamit mata-mata orang sekeliling memandangnya.
Alisa yang berada bersebelahan dengan Amanda, mulai panas hati. Jantan di hadapannya ini sudah hilang akal ke apa? Mulut bukan main lancang. Gila ke?
"Kau ini kenapa hah? Cakap berlapik sikit boleh tak?" Alisa tidak berpuas hati. Geram apabila Tengku Emir memanggil Amanda dengan panggilan kasar sebegitu.
"Kau boleh diam tak? Dah memang kawan kau perangai macam betina. Takkan aku nak panggil ustazah pula." Hina Tengku Emir dengan lancang. Dia sudah tidak hiraukan air muka Amanda. Kisah apa dia? Asalkan dia dapat suarakan ketidakpuasan hatinya.
"Hey, Tengku Emir Cullen. Kau jaga sikit perkataan kau ya. Jangan panggil Amanda macam tu. Kau tu jantan bodoh." Suara Alisa tidak kurang lantangnya. Dia menjeling dengan hujung mata ke arah Amanda. Wajah Amanda ditundukkan semenjak tadi lagi.
"Aku tak kisahlah. Suka hati akulah nak panggil dia apa. Betina ke. Pelacur ke. Suka hati aku. Dan kau perempuan. Lain kali, kau jangan jadi bodoh sangat. Kau ingat aku hadap dengan perempuan murah macam kau?" Mata Tengku Emir dipanahkan ke arah Amanda.
Pang!
Kali ini, tangan halus milik Amanda mendahului tangan Alisa yang mulai naik ingin menampar wajah Tengku Emir. Lancang sekali lelaki itu berkata-kata. Tergamaknya Tengku Emir memanggilnya dengan gelaran sebegitu.
"Berani kau tampar aku perempuan." Mata Tengku Emir berapi-api.
Amanda rasakan tangan dia kebas. Bergetar-getar tangannya.
"Saya minta maaf." Antara dengar tak dengar kata-kata yang diluahkan oleh Amanda.
Baru saja Tengku Emir ingin menyerang Amanda, pantas saja Megat Iskandar menarik tangan Tengku Emir.
Syed Firash pula berada di tengah-tengah. Bersedia sekiranya Tengku Emir naik gila.
"Mulai hari ini, kau jangan tunjuk wajah kau depan aku lagi Amanda. Kau nak melacur dengan jantan mana sekalipun, terserah kau. Aku dah tak nak ambil tahu." Dingin sekali hinaan yang Tengku Emir lontarkan sehingga dapat merobek sekeping jiwa Amanda yang kian rapuh.
"Emir." Syed Firash memanggil perlahan kawannya. Mereka tahu bahawa Amanda bersalah tetapi janganlah berkata sebegitu.
Tengku Emir hanya membuat tidak tahu.
"Oh, satu lagi. Kalau betul pun kau mengandung sekarang ni Amanda, aku tak akan mengaku yang itu anak aku. Entah berapa ramai jantan yang sentuh kau pun aku tak tahu. Kau dengan anak kau boleh berambus dari hidup aku. Get lost!" Tengkingnya seraya mulai mengangkat kaki. Dia memusingkan badan lalu bagasi miliknya ditarik. Bersedia ingin memasuki balai pelepasan.
"Hey, Emir." Alisa ingin mengejar langkah jantan biadap itu namun pantas tangannya ditarik oleh Amanda.
Amanda menggelengkan kepalanya sebagai isyarat untuk tidak lagi mengejar Tengku Emir. Anggap saja bahawa perkara sebegini tidak pernah terjadi.
Alisa memeluk erat badan Amanda di tengah-tengah ruang itu. Amanda kian rapuh. Dalam pelukan Alisalah, dia melepaskan segala rasa sakit.
Dan sejak hari itu dia bersumpah bahawa nama Tengku Emir telah lupus dari hidupnya. Lelaki yang mendatanginya hanya untuk nafsu semata-mata. Lelaki yang berjanji bulan dan bintang tetapi pada akhirnya lelaki itu jugalah menghadiahkan luka terhebat kepadanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cullen's Angel (TERBIT)
RomanceSUDAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER Tarikh preorder bermula 25/05/2023 Harga: SM: RM28.00 SS: RM31.00 Status: Completed Tengku Emir Cullen | Amanda Haura