SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN FAJAR PAKEER
Tarikh preorder bermula 25/05/2023
Harga:
SM: RM28.00
SS: RM31.00
Status: Completed
Tengku Emir Cullen | Amanda Haura
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"You ada photoshoot kan lepas ni?" Tengku Emir bertanya seraya memalingkan wajahnya ke sebelah kanan.
Maira. Salah seorang model yang tersangkut padanya. Memang tabiat Tengku Emir sejak dulu lagi. Dia tak mampu lekat dengan seorang perempuan lebih lebih lagi selepas peristiwa dia dikhianati oleh Amanda.
"Ya. You pun ada meeting kan lepas ni, bie?" Maira menyilangkan tangannya dengan tangan Tengku Emir. Dia memeluk erat lengan Tengku Emir bagaikan tak nak dilepaskan.
Dah lama dia tackle lelaki ini dah akhirnya lelaki ini jatuh dalam genggaman dia juga. Bukan senang untuk dia tarik perhatian Tengku Emir. Lelaki ini dingin. Kurang bercakap tapi apa dia kisah. Yang penting, Tengku Emir sentiasa support dia dari segi kewangan. Semua barang branded yang dia inginkan, akan ditanggung oleh Tengku Emir.
"Yup. Lepas makan I hantar you pergi set then I terus masuk meeting." Balas Tengku Emir. Dia menepuk nepuk tangan Maira yang dari tadi lagi berlingkar dengan tangan dia.
Belum sempat dia menarik pintu restoren itu, pintu itu sudah ditolak dari luar. Terkena bucu kaki Maira.
"Auch, bie sakit." Rengek Maira manja. Gediknya ya ampun. Buatkan sesiapa yang mendengarnya akan geli tekak.
Tengku Emir hanya diam. Menanti orang dari dalam menjelmakan wajah.
"Eiman kan mummy dah cakap biar mummy yang buka. Ini Eiman buka kuat sangat." Amanda membebel perlahan kepada Tengku Eiman.
"Daddy." Terpancul satu kalimat itu dari mulut Tengku Eiman. Dan usah dikata, dekat jantung Amanda kian berlari tidak sekata apabila dia lihat sepasang kasut serta sepasang heels di hadapannya kini.
Tengku Emir mengerutkan keningnya. Dia tahu suara itu. Suara milik wanita yang dia rindui. Serta wajah anak itu. Wajah yang saling tak tumpah dengan wajah kanak kanak yang sentiasa muncul dalam mimpinya.
"Daddy?" Kuat suara Maira bertanya. Hai budak ni. Sesedap dia je panggil kekasih dia daddy.
"Cik, boleh ke tepi sikit tak? I dengan kekasih I nak masuk ni." Jengkel sekali suara Maira berkata kata. Entah kenapa, Tengku Emir terasa marah dengan kata kata Maira.
Amanda masih tidak mengangkat wajahnya. Dari tadi lagi dia membelakangi sepasang kekasih itu. Dia cuba melindungi Tengku Eiman dari terus menjadi pusat perhatian Tengku Emir.
Dengan lafaz bismillah, Amanda putarkan badannya.
"Er, sorry." Dang. Detak jantung Amanda terasa berhenti. Di depannya kini, ada satu wajah yang amat dia rindu. Wajah ini kian matang. Turut ada kumis nipis di sekitar rahang.
Dan pandangan Tengku Emir berbalut terkejut. Terkejut apabila bertemu kembali dengan Amanda dalam keadaan yang tidak disangka sangka. Dia hanya bisukan mulut. Matanya tidak lepas daripada memerhati seraut wajah itu. Amanda semakin cantik dengan berhijab.