“Raf!” jerit Sarah memanggil Asyraf sedikit kuat namun tidak didengari lelaki itu.“Raf! Tunggu!” Belum sempat Sarah pergi ke situ, Asyraf sudah memasang topi keledarnya pula. Motosikal Asyraf bergerak meninggalkan kawasan itu.
Sarah melepas keluhan. ‘Ishh! Dia tak nampaklah pulak. Nanti aku mesej jelah malam ni. Mungkin Raf sibuk.’
Dengan langkah yang longlai, Sarah menuju ke arah motosikalnya kembali. Entah mengapa menjalar dalam dada, kata maaf dari nota Asyraf pagi tadi seolah-olah bukan tulus dari hati lelaki itu.
Sarah memakai topi keledarnya pula setelah siap berada di atas motosikalnya.
Sekilas, bungkusan makanan di dalam raga motosikal dipandang. Tangan Sarah mula membelek isi di dalam plastik. Dia tersenyum.
‘Raf ni ada je nak bagi suspen.’
Tiba-tiba, hidung Sarah menghidu bau aneh. Matanya melilau sekeliling.
‘Bau apa pulak ni?’
Sekilas plastik makanan dikerling lagi. Bungkusan dari kertas nasi lemak itu sedikit terbuka hingga aroma dari dalamnya menyengat deria bau Sarah.
Sarah mengerut keningnya hinggalah...
“Oh mak kau meletup! Raf!”
Sarah hilang imbangan badannya lalu tubuhnya menyenget hingga dia jatuh tersungkur di atas tanah dengan kakinya berada di bawah tayar motosikalnya.
arenayidin
11 April 2021
YOU ARE READING
Gadisku Miss Latah [TERBIT]
Romance~ Kau yang sengal, aku yang angau! ~ "Opocot mak kau jatuh! Eh kau ni, kau yang jatuh! Eh!" Gadis itu unik. Seunik namanya mirip penyanyi Siti Sarah Raisudin. Kerana unik itulah dia dipikat lelaki perangai gila-gila namun sesekali serius pula oran...