Teaser 12

111 6 0
                                    


“ERR... maaf Raf. Sarah takde cara lain nak selamatkan keadaan. Sarah tak nak dapat malu satu kilang nanti Raf. Maaf.”

“Cincin tu siapa punya?” 

“Bang Wan bagi. Mak Sarah yang kirim. Ini cincin mak sebenarnya tapi jari mak tak muat dah, mak bagi Sarah. Maaf Raf.”

Asyraf tersengih gembira sedangkan Sarah di hadapan malu tak terkata. 

“Kenapa Raf senyum? Adoi kenapa Sarah buat macam ni? Nanti kalau Zura hebohkan, malu kita Raf. Mana nak sorok muka?” Sarah menyesali keterlanjuran mulutnya membuat pengumuman tidak munasabah itu. 

“Hei, janganlah gelabah. Betullah tu apa yang kau dah buat. Kita memang nak bertunang pun kan? Cuma kau awalkan sikit je.” Sengih Asyraf seraya menyambung. “Tu kira jadi tau. Tak boleh tarik balik. Cuma cincin tu je aku bagi yang lain ya? Cincin tunang kita nanti. Terima kasih Sarah. Aku sayang kau.”

Merah padam wajah Sarah dengan kata-kata Asyraf. Betapa dia mengutuk-ngutuk sikap gelojohnya sendiri. Entah kenapa cuma itu yang terlintas di fikirannya tadi.

Sudahnya ini yang dia dapat. Keterujaan Asyraf untuk menjadi tunangannya sedangkan dia sendiri terkulat-kulat untuk mengiyakan. 

“Lah, kenapa diam? Orang kata diam tu tanda setuju, Sarah. Jadi kau setuju ni kita tunang? Yang kau rasmi tadi aku pegang dulu tau. Yang rasmi-serasminya lepas kita jumpa kakak aku ahad ni dan jumpa keluarga kau. Okey?”

“Raf. Raf janganlah serius sangat. Sarah belum bagitahu apa-apa pada Bang Wan lagi. Dengan mak pun belum. Tulah semalam kalau Raf tak merajuk, dah dapat jumpa Bang Wan.” Laju Sarah memberi alasan. 

“Alaa chill la. Kalau aku tak merajuk, takdelah semua ni jadi. Rileklah. Takde apa yang nak risau. Kau cool je. Kita ikut flow sampai yang rasminya nanti. Buat masa sekarang, kita berlakonlah. Biar Zura tak kacau kau lagi ya, sayang.” Asyraf cuba mengusir kebimbangan Sarah. Sarah pula cuba menghadam dan menerima. Tersentuh pula hatinya dengan tingkah Asyraf.

“Sekarang senyum je. Kau mahu kan kita tunang dulu? Mahu kan sayang?” Kotak di tepi Asyraf ditepuk kuat. 

“Oh mak kau, mahu sayang. Aku mahu sayang. Eh tak nak. Raf! Janganlah usik macam tu.” Panjang nada Sarah seraya mencubit paha Asyraf. 

“Okey, okey aku tak sakat dah. Kita jumpa balik nanti ya? Dah, jom masuk kerja.”

arenayidin21 Julai 2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin
21 Julai 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now