Sarah tidak akan mengerti kenapa dia buat begini. Apa lagi Rizwan abangnya. Jadi, untuk apa semuanya ditegakkan lagi?Berterus-terang pula buat dia lagi tersepit. Yang ada hanya satu pilihan. Merelakan kemarahan Sarah untuk hari ini, esok dan entah sampai bila lagi.
“Sarah nak jumpa Zura! Abang izinkan Sarah jumpa dia. Sarah mesti jumpa dia. Kenapa dia ambil suami Sarah? Sarah nakkan pembelaan. Abang jangan halang Sarah.” Asyraf angkat kepala saat suara Sarah muncul di belakang rumah, tempat dia duduk di atas rumput.
“Zura tak ada dekat sini sayang. Jangan buat kerja sia-sia nak bersemuka dengan dia. Sayang kena buli lagi dengan dia. Dengar cakap abang.” Asyraf ingin meraih tangan Sarah namun Sarah menepisnya.
“Kalau abang hormatkan Sarah, risaukan keselamatan Sarah, kita bersemuka, bertiga! Izinkan Sarah.” Panas wajah Sarah meminta simpati.
“Jangan, sayang!”
“Kenapa? Berhenti panggil Sarah sayang! Sarah tak nak!”
“Okey Sarah. Tolong kawal emosi tu dulu. Semua ni jadi pun dah takdir. Kita takde kuasa nak halang.”
“Oh ya takdir? Takdir yang abang buat sendiri kan? Abang tak rasa bersalah ke pada Sarah? Pada bini abang yang polos ni? Yang lurus bendul ni hah? Sarah ni sikit pun tak pernah terfikir yang abang akan duakan Sarah. Kenapa abang? Kenapa?” Dada Asyraf ditumbuk kasar melampiaskan kemarahannya.
“Sakit dada abang, Sarah.”
“Hati Sarah lagi sakit. Izinkan Sarah jumpa Zura. Sarah nak jumpa Zura! Kalau abang tak bagi, Sarah nak cari sendiri.”
Tubuh Sarah dirangkul erat. Meronta-ronta wanita itu ingin melepaskan pelukan yang kini dirasakan tidak nyaman lagi buatnya.
“Dengar cakap abang, Sarah. Tak ada gunanya Sarah buat macam tu. Kenyataannya tak dapat diubah. Semua dah jadi. Abang minta tolong. Jangan buat keputusan terburu-buru,” rayu Asyraf hiba.
“Sarah tak nak. Abang nak pertahankan orang yang rampas suami Sarah. Abang tak sayang Sarah lagi. Abang jahat!” Sarah melepaskan pelukan seraya pergi dari situ.
Asyraf hanya mampu memandang kemarahan Sarah. Dia hilang punca. Apa keputusan yang harus dia buat?
arenayidin
05 Ogos 2021
YOU ARE READING
Gadisku Miss Latah [TERBIT]
Romance~ Kau yang sengal, aku yang angau! ~ "Opocot mak kau jatuh! Eh kau ni, kau yang jatuh! Eh!" Gadis itu unik. Seunik namanya mirip penyanyi Siti Sarah Raisudin. Kerana unik itulah dia dipikat lelaki perangai gila-gila namun sesekali serius pula oran...