“Bagi kami duit yang kau ada sekarang.”“Alamak, nak rompak ke?” Asyraf usap rambutnya ke belakang. Sekilas dia memandang Sarah yang masih terlena.
“Cepat, kalau tidak tahulah nasib kau nanti.” Satu bilah pisau disua ke wajah Asyraf.
“Okey, okey.” Asyraf seluk poket seluarnya. “Ini je yang ada.” Sekeping not 100 dihulur kepada lelaki itu.
“Sikitnya!”
“Nak banyak kerja arr sendiri!” marah Asyraf.
“Eh loyar buruk pulak dia ni. Nak cari pasal dengan aku?” Sekilas mata lelaki itu terpandangkan Sarah yang lena tidur di tempat duduk penumpang sebelah hadapan. “Wah. Ada rezeki lagi besar ni kawan.”
“Woi, jangan kacau dia!” jerit Asyraf sedikit kuat hingga teriakannya membuat Sarah tersedar.
Apa lagi, terkejut Sarah bukan kepalang saat melihat seorang lelaki sedang memegang tangan Asyraf ke belakang dengan pisau berada di lehernya.
Gadis itu terus keluar dari kereta namun pergelangan tangannya diraih lelaki yang seorang lagi. Dalam situasi yang tidak larat itu Sarah cuba meronta-ronta untuk melepaskan pegangan lelaki itu.
“Raf!”
#gadiskumisslatah
#arenayidin
#penerbitanahaarenayidin
13 Julai 2021
YOU ARE READING
Gadisku Miss Latah [TERBIT]
Romance~ Kau yang sengal, aku yang angau! ~ "Opocot mak kau jatuh! Eh kau ni, kau yang jatuh! Eh!" Gadis itu unik. Seunik namanya mirip penyanyi Siti Sarah Raisudin. Kerana unik itulah dia dipikat lelaki perangai gila-gila namun sesekali serius pula oran...