Teaser 15

93 2 0
                                    


“Ada apa, Zura?”

“Sini!” Lengan Sarah dicapai. Jemari Sarah diraih pula. Kilauan cincin berbatu merah di jari manis gadis itu buat Baizura terpempan.

“Kenapa ni?”

“Jadi betullah? Betul kau dah bertunang? Hah?” Lengan Sarah direntap kasar.

“Oh mak! Sakitlah Zura!”

“Sampai hati kau kan? Kau terima kenapa? Kau tahu aku sukakan Raf kan? Kenapa kau cantas dia dari aku, hah?”

“Sarah... err... Zura,  Sarah…”

“Kau memang nak cari pasal dengan aku kan? Aku ingat hari tu kau main-main. Saja nak takut-takutkan aku. Tapi kau tunang betul-betul kan? Kau jampi Raf ya Sarah?” Panas pipi Baizura menahan marah.

Terbuntang mata Sarah mendengar tuduhan Baizura. Dipandang pula dua teman Baizura yang tersenyum mengejek kepadanya.

“Eh,  Zura. Mana ada! Merepeklah. Sarah takde buat apa-apa pun. Raf memang dah lama ajak Sarah bertunang, Zura.”

“Aku tak percaya. Dulu kau mati-mati cakap tak nak Raf kan? Kenapa kau berubah? Kau dah tak nak hidup tenang lagi ke apa nak cari pasal dengan aku?” Pergelangan tangan Sarah ditarik kasar. Cincin di jari Sarah ingin dirampas Baizura.

“Eh, apa awak nak buat ni Zura?” Sarah meronta-ronta di situ.

“Bagi cincin tu. Bagi!”

“Tak boleh! Cincin ni Raf bagi Sarah. Sarah kena jaga elok-elok. Kenapa pulak nak kena bagi awak? Tak boleh!”

“Bagi jelah. Bak sini. Bagi kat aku Sarah!”

“Janganlah, Zura. Lepas. Lepaskan. Ini Sarah punya. Awak pergi sana. Jangan!” jerit Sarah seraya mempertahankan cincin di jarinya yang ingin ditanggalkan Baizura.

Jemari Sarah digenggam kemas namun Baizura bertindak mencuit pinggang Sarah untuk mencari kelemahan gadis itu. Apa lagi, latah Sarah mula meletus hingga gadis itu terleka,  pantas Baizura menarik tangan Sarah semula.

Dua orang teman Baizura itu memegang tangan Sarah yang sebelah lagi lalu dengan pantas Baizura menanggalkan cincin itu dari jari manis Sarah.

“Jangan! Bagi balik pada Sarah. Jangan Zura! Tolonglah jangan buat Sarah macam ni. Bagi balik…”

Rayuan Sarah tidak didengari mereka bertiga. Yang kedengaran di situ cuma gelak ketawa kemenangan mereka.

“Zura! Bagi Sarah balik cincin tu. Tu Sarah punya.”

“Ini aku punya. Jari kau tak layak sarung cincin ni.” Segera cincin itu Baizura sarungkan ke jari manisnya pula.

Sebak Sarah melihat adegan itu. Terhenyak dia di situ gagal menjaga pemberian Asyraf. Entah apa penerimaan lelaki itu nanti jika hal ini diketahuinya. Dia tidak betah menjaga barang berharga itu.

Air mata Sarah bercucuran melihat tiga figura itu pergi meninggalkan dirinya yang sudah jatuh terjelepok di tanah kerana ditolak Baizura.

“Zura! Pulangkan!” Air mata yang mengalir diusap dengan tangan kanannya. Perlahan Sarah bangun dari jatuhnya. Dia berharap Asyraf tidak lalu di situ kerana lelaki itu sudah memberitahunya akan pulang sedikit lewat hari ini.

“Maaf, Raf. Maafkan Sarah.”

arenayidin24 Julai 2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin
24 Julai 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now