Last Day Pre-Order

229 6 0
                                    

Assalamualaikum, selamat pagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Assalamualaikum, selamat pagi.

Last Day Pre-order!!

BLURB
GADISKU MISS LATAH
ARENA YIDIN

“Opocot mak kau jatuh! Eh kau ni, kau yang jatuh! Eh!”

Gadis itu unik. Seunik namanya mirip penyanyi Siti Sarah. Kerana unik itulah dia dipikat lelaki perangai gila-gila namun sesekali serius pula orangnya.

“Kau ni lainlah. Aku suka. Jadi teman istimewa aku nak?” ASYRAF DANIEL.

“Eei tak nak. Saya ni pelik. Nanti hidup awak susah! Takde orang yang akan sanggup dengan saya. Saya ada penyakit.” SARAH.

Namun Asyraf tidak berputus asa. Semakin Sarah menolak,  semakin dia teruja untuk memikat. Sudahnya lelaki itu rela hidup dengan pelbagai kerenah Sarah yang mengundang pelbagai peristiwa pelik di sekelilingnya.

Namun, semakin disakat lelaki itu, lama kelamaan, Sarah tidak mampu untuk berundur lagi. Dia mula jatuh cinta. Hatinya sudah sedikit terbuka.

Sayangnya, satu peristiwa mengguris hatinya. Dia kecewa dengan sikap Asyraf yang sebelumnya menerima kekurangannya. Kini punca keretakan hubungan mereka dari latah Sarah. Itu yang Asyraf berikan sebabnya.

“Mulai hari ini abang tak akan dengar semua ini lagi. Perempuan bodoh ini tak akan menyusahkan hidup abang lagi. Jangan cari Sarah.” SARAH

Asyraf merasa bersalah. Hanya kerana ingin menjaga sang isteri, hati Sarah harus ditolak ke tepi. Namun kenyataan sebenar hanya dia yang mengerti. Sudahnya hubungan mereka bagai berada pada seutas tali.

Sarah ingin membawa diri. Asyraf pula buntu untuk membuktikan kenapa hubungan mereka harus seperti ini. Entah bagaimana harus menyatukan kembali hati  yang pernah dia sayangi.

Itu yang terjadi pada pandangan Sarah dan orang sekelilingnya. Namun situasi sebenar cuma Asyraf yang tahu. Lelaki itu mengharapkan takdir agar dia dan Sarah kembali bersatu.

Namun, adakalanya apa yang dilakukan di luar dugaan pemikiran. Apa yang berlaku sebenarnya adakah dari keinginan Asyraf sendiri? Kenapa Sarah tidak menyedari?

Demi sayang dan kasihnya pada isteri, sanggupkah Asyraf melepaskan andai tu harga yang harus dibayar?

Hubungi di Whatsapp:
www.wasap.my/60175816031/Gadiskumisslatah

arenayidin
31 March 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now