Teaser 26

116 2 0
                                    


“Abang minta maaf, sayang. Abang ada jawapannya untuk sayang tapi sayang tak mungkin dengar untuk hari ni. Jadi tak apalah. Abang terima je kalau sayang nak marah, nak tumbuk abang sekalipun. Apa yang abang buat ni demi kita. Bukan sebab lain.”

Sarah bingkas bangun. Apa yang Asyraf ucapkan? 

“Apa abang cakap? Jadi semua ni betul? Abang dengan Zura? Abang dah kahwin ke dengan dia? Ini kat mana abang? Tengah honeymoon?” cebik Sarah dengan geram. Dada Asyraf ditunjal-tunjal dengan jari telunjuknya. 

“Sarah, bertenang dulu. Jangan macam ni. Bila masa abang honeymoon? Abang tak pernah pergi mana-mana tanpa sayang. Sayang tahu itu.”

“Dah tu apa?” Sarah tepis butiran air mata yang berasak keluar lagi. “Abang buat maksiat dengan pompuan tu? Macam tu ke? Bagitahulah! Kenapa diam? Sarah tak percaya abang. Sarah tak percaya!”

“Abang tak paksa sayang percaya. Tapi Sarah yakinlah pada abang. Abang buat semua ni demi kehidupan kita. Demi Sarah. Bukan demi abang.”

“Demi Sarah? Abang kahwin dengan Zura untuk dapatkan zuriat ke? Sebab Sarah dingin dengan abang? Macam tu?”

“Sarah!” Asyraf tertunduk hiba. 

“Abang jangan nak bodohkan Sarah lagi. Abang penipu! Abang janji nak jaga Sarah. Abang cakap dengan Bang Wan untuk lindungi Sarah. Tapi apa yang abang buat? Abang tipu Sarah!”

“Sarah!”

Pang! 

Satu tamparan bergema. Sarah melepaskan kemarahannya. Asyraf hanya mampu menahan rasa perit. Rasa pedih pipinya ditampar Sarah tidak sesakit rasa yang disimpannya begitu lama. 

arenayidin04 Ogos 2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin
04 Ogos 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now