Teaser 17

94 2 0
                                    

“Panggil aku abang dulu. Baru tak sakat dah.”

“Tak nak!” Sarah juih bibir.

“Panggillah. Baru sweet sikit,  sayang.”

“Sarah tak pandai.”

“Cakap abang sayang!” Lelaki itu  mencuit lengan Sarah lagi.

“Oh mak kau abang sayang. Sarah sayang abang. Eh bukan. Aduh!” Sarah garu kepala. Tangannya ligat mencubit lengan Asyraf pula.

“Sayang selalu macam ni ya?  Happy. Aku suka tengok sayang macam ni. Esok aku jemput ya. Aku tak mahu si Zura tu buat hal lagi. Dia takde kacau lagi kan?”

Sarah geleng kepala. “Raf, kalau kita dah kahwin nanti pun Zura masih kacau, macam mana? Sarah tak nak Zura ada antara kita.” Sarah buat pengakuan.

Asyraf tayang senyum. Ini yang dia hendak dengar. Sarah meluahkan rasa. Meluahkan cemburunya. Itu tanda Sarah menyayanginya.

“Aku harap dia takkan ganggu kita lagi. Kalau dia masih tak faham juga, aku kena ambil tindakan tegas. Dia tak boleh nak suka-suka buat macam-macam pada hubungan kita lagi. Jangan sampai kesabaran aku hilang.”

“Raf serius ni?”

“Seriuslah! Demi hubungan kita. Sayang pun jangan mengalah lagi dengan dia.”

“Okey Raf. Sarah akan lawan. Sarah kena berlatih silat lagi.”

Asyraf tayang senyum. “Haa macam tu. Kalau boleh kejadian rampas cincin tu yang terakhir. Nasib baik masa diorang tengah happy-happy menayang cincin tu aku lalu kat situ Sarah. Lepas ni, apa pun yang jadi, jangan berahsia lagi. Okey sayang?”

Sarah mengangguk mengiyakan.

“Baik abang sayang. Sarah ingat. Boleh Sarah keluar sekarang cik abang? Dah habis ke sesi kaunselingnya?”

“Hehe dah sayang. Macam tulah baru semangat, panggil aku abang.” Tangan Asyraf mahu mencuit dagu Sarah tapi ditepis gadis itu.

“Jangan! Dua bulan lagi.”

Asyraf garu kepala. “Okey sayang. Sorry ya. Rindu latah sayang tu nanti.”

Sarah membuka pintu kereta. Tubuhnya meluru keluar dari perut kereta. Begitu juga dengan Asyraf yang menghampiri Sarah di hadapan pagar rumah sewa Sarah.

“Masuklah. Nanti aku call ya.”

Sarah kulum senyum. Tangannya menyusup masuk ke dalam hand bagnya. Satu objek diambil seraya dihulur kepada Asyraf.

“Apa ni?” Asyraf membelek objek yang diberi Sarah.

“Tu hati Sarah.” Sengih gadis itu.

“Hah?”

“Bye Raf. Terima kasih hantar Sarah balik.” Tangan dilambai seraya gadis itu membuka pintu pagar dan masuk ke dalam perkarangan rumah.

Asyraf membalas lambaian seraya masuk semula di dalam kereta. Lipatan kertas putih yang diberi Sarah dibuka.

“Sekali hati ini kuserah padamu, selamanya akan begitu...~ Sarah.”

Senyum terukir di bibir Asyraf.

‘Oh Tuhan! Sarah!’

Kertas bernada kalimat syahdu itu dikucup Asyraf penuh rasa cinta yang menggebu.

Kertas bernada kalimat syahdu itu dikucup Asyraf penuh rasa cinta yang menggebu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

arenayidin
26 Julai 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now