“Ini bukan macam main game, abang. Boleh kejap suka, kejap tak suka. Sarah bukan patung. Sarah ada perasaan. Kalau abang tak mahu Sarah tambah benci abang, tolong jangan tambah sakit hati Sarah!”Wanita itu berundur untuk melangkah pergi, namun Asyraf pantas meraih pergelangan tangan Sarah.
“Lepaslah abang. Lepas!”
“Kita bincang. Dah seminggu kita macam ni. Sarah tak kesiankan abang ke?”
“Nak bincang apa lagi? Sudahlah. Abang pergilah pada pompuan tu. Sarah takkan halang. Sarah pun takkan cari dia. Biar kita macam ni. Sarah tak apa-apa!”
“Abang takkan putus asa, Sarah. Walaupun Sarah benci abang sepenuh hati Sarah sekalipun. Abang tetap sayang Sarah. Cinta abang tak berbelah bagi.” Asyraf tenung wajah Sarah tanpa melepaskan pergelangan tangan wanita itu.
“Sarah tak nak disayang abang lagi. Semuanya dah berakhir. Abang dah khianati Sarah.”
“Bagi abang peluang. Kita bincang elok-elok. Hal ni takkan selesai macam tu saja.”
“Tak nak!” jerit Sarah seraya meronta ingin melepaskan tangannya namun tanpa diduga kakinya tersadung kotak di situ. Hampir terjatuh Sarah tetapi tubuhnya sempat disambut Asyraf.
“Oh mak kau meletup aku jatuh!” Latah Sarah diikuti adegan romantis terjadi saat sang suami menyambutnya. Sarah menghadiahkan tamparan di bahu Asyraf.
“Lepaskan Sarah.” Sarah berlari anak meninggalkan tempat itu.
Asyraf hiba memandang Sarah. Bagaimana sudahnya hubungan mereka berdua?
arenayidin
06 Ogos 2021
YOU ARE READING
Gadisku Miss Latah [TERBIT]
Romance~ Kau yang sengal, aku yang angau! ~ "Opocot mak kau jatuh! Eh kau ni, kau yang jatuh! Eh!" Gadis itu unik. Seunik namanya mirip penyanyi Siti Sarah Raisudin. Kerana unik itulah dia dipikat lelaki perangai gila-gila namun sesekali serius pula oran...