“Sayang tak payah risau. Abang tak cerewet soal makan. Lagipun masa kita banyak habis dekat kilang tu sayang. Kalau ada masa nak masak yang special pun cuma hari cuti macam ni. Lepas ni abang sibuk. Hari minggu pun abang kerja, sayang.”
“Abang kerja tu kerja juga. Tapi kesihatan abang kena jaga.” Sarah menyambung.
“Okey sayang. Abang ingat.” Belum habis kue teow di pinggan, telefon bimbit Asyraf berbunyi. Segera lelaki itu mengambil telefonnya dari atas meja yang diletaknya tadi. Satu mesej masuk. Asyraf tayang wajah masamnya.
Zura Sewel
“Raf, tolonglah reply chat aku. Kau ni kenapa sombong sangat? Tahulah ada bini. Takkan berkepit je kot? Jawablah call aku, Raf."“Tak ingin aku.”
Asyraf membalas. Telefon bimbit itu diletak di atas meja semula. Makanan di dalam pinggan disuap semula namun satu mesej masuk lagi mengganggu aktiviti makan lelaki itu. Telefon diraih semula. Dia mendengus.
Zura Sewel.
“Please, Raf! Jangan buat aku macam ni. Aku rindu kau tau tak Raf.”“Jangan kacau. Aku tengah peluk Sarah ni. Tak malu ke kacau orang tengah honeymoon ni? Jangan chat aku lagi.”
Satu keluhan dilepaskan. Nombor telefon Baizura terus diblocknya. Puas hati! Sarah di hadapan memandang dengan penuh tanda tanya.
‘Ni mesti si Zura tu lagi! Hish! Geramnya.’
arenayidin
29 Julai 2021
YOU ARE READING
Gadisku Miss Latah [TERBIT]
Romance~ Kau yang sengal, aku yang angau! ~ "Opocot mak kau jatuh! Eh kau ni, kau yang jatuh! Eh!" Gadis itu unik. Seunik namanya mirip penyanyi Siti Sarah Raisudin. Kerana unik itulah dia dipikat lelaki perangai gila-gila namun sesekali serius pula oran...