Teaser 29

147 5 0
                                    


Wanita itu teresak-esak menangis di hadapan suaminya. Sejak tadi dia tidak keruan menunggu Asyraf bangun.

Tadi dia menemui Asyraf di bilik mereka dengan keadaan yang membuat dia mengurut dada. Hampir tercabut jantungnya. 

Walaupun dia menghindari Asyraf untuk beberapa ketika ini,  hanya Tuhan yang tahu betapa dia hampir putus nyawa saat melihat kelibat Asyraf tersungkur di lantai dengan dahi yang benjol.

Lelaki itu pengsan tidak sedarkan diri hinggalah dia membuka mata  memberitahu dadanya sakit. 

Di sini Asyraf sekarang di dalam wad hospital. Dia kekurangan tidur,  banyak berfikir,  tidak menjaga makan dan yang paling Sarah sedih,  lelaki itu mengadu dadanya terasa sesak saat mengingati kata cerai yang diminta isterinya itu. 

”Abang... abang dah bangun?” Sarah raih tangan Asyraf saat lelaki itu membuka mata. 

“Sarah... abang minta maaf. Kalau Sarah rasa abang khianati Sarah, abang dah terima demi Sarah. Cuma satu... Errk…”

“Abang kenapa?  Abang jangan cakap lagi. Maafkan Sarah. Ampunkan Sarah, abang.”

“Sarah! Maafkan abang.”

“Apa yang abang sembunyikan? Bagitahu Sarah!” Wanita itu menarik tangan Asyraf, dikucup beberapa kali. “Bagitahu Sarah sekarang.”

Asyraf pejam mata. Kenapa baru sekarang Sarah meminta penjelasan? Kenapa setelah dia mengalami sakit dada saat menerima satu panggilan video sebelum kejadian dia jatuh semalam?

Adakah sudah terlewat? 

Adakah sudah terlewat? 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

arenayidin
08 Ogos 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now