Anak bulan mengambang
pada malam pertama
gugusan bintang mencucuk langit
pada malam tarawih
nikmat ibadah yang
hadir setahun sekali
memanfaatkan kebaikan
tanpa lali.Mentari memercik
kehangatan pada esok hari
sinar kembangnya
bak bunga matahari
menguji hawa nafsu hingga terbenamnya matahari
berjihad, itulah kunci syurgawi.Tenggelam matahari di ufuk langit
terdengar azan dari jauh
sebiji kurma dikunyah rakus
mengisi tenaga yang sudah hilang
sunah dijadikan perisai jihad
maka laksanakan ia selagi mampu.Miss Honey
MissHoney5
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Hikaridea
PoetryKoleksi Puisi Islamik: Koleksi puisi Hikaridea ini merupakan gabungan daripada penulis-penulis kelab hikaridea. Antologi puisi ini rasmi diterbitkan pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H. Semoga dengan terlahirnya bingkisan puisi daripada kam...