Di kala aku
menuntas pandangan
ke tengah lautan manusia
terdetik di sanubari
dunia hanya pentas lakonan
yang penuh warna-warni kehidupan
ada suka dan ada derita
semuanya cukup menyulam rasa.Tatkala aku menelusuri
batas-batas kehidupan
terkelu aku melihat kepura-puraan
tiada belas, tiada kesedaran.Ada meratap hiba
ada menangis gembira
ada ketawa luka
di manakah keseimbangan rasa?
rasa yang dianugerahi oleh-Nya.Tiap detik
utamanya hanya dunia
tiap waktu
utamanya hanya nafsu.
tiap tika
utamanya hanya harta.Dunia tenat!
dunia penat!
segalanya angkara serakah
segalanya angkara haloba.Detik ini
yang teras paling utama
agar tunjang tidak lagi rapuh
biar utuh meskipun dirempuh
kembali berpaksi pada al-Haq.
kerana Dia
adalah tujuan kita.Ain Razak
ainRAZAK_34
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Hikaridea
PoetryKoleksi Puisi Islamik: Koleksi puisi Hikaridea ini merupakan gabungan daripada penulis-penulis kelab hikaridea. Antologi puisi ini rasmi diterbitkan pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H. Semoga dengan terlahirnya bingkisan puisi daripada kam...