Wanita,
kau nirmala daripada noda
maruah dan martabatmu
di aras yang tertinggi
namun kau terus mempamer auratmu kepada yang ajnabi?Kau ratu,
tak usah sembarangan menunjuk auratmu melainkan tubuhmu
kalis pawaka neraka
dunia kian ditelan zaman
berhijrahlah ke jalan
yang lurus sebelum pintu
hidayah-Nya tertutup.Maharani,
Rasulullah telah bersusah-payah mengangkat martabatmu dahulu
janganlah kamu sewenang-wenangnya memijak maruahmu sendiri dengan perbuatan terkutukmahalkan dirimu
perliharalah aurat
serta maruahmu
demi agamamu yang
tak lain tak bukan,
Islam yang sebenar.Liyanaa
Liyanaa2104
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Hikaridea
PoetryKoleksi Puisi Islamik: Koleksi puisi Hikaridea ini merupakan gabungan daripada penulis-penulis kelab hikaridea. Antologi puisi ini rasmi diterbitkan pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H. Semoga dengan terlahirnya bingkisan puisi daripada kam...