Antara Dua Jasad

93 18 3
                                    

Kau ...
melangkah dan berlari
mengikut rentak irama kehidupan
ada kalanya kau tersungkur
ada kalanya kau rebah
ada kalanya kau pasrah
tapi kau tak pernah mengalah.

Tatkala diri dihurung palsu duniawi
kau pantas menepis
tatkala diri ditabur fitnah kaum munafik
kau tegar mempertahankan
kerana kau berfikir,
di saat maut datang menjemput
di saat Izrael merentap nyawa
diri kau hanyalah jasad kaku
tidak bernyawa.

Yang jadi perhitungan
hanyalah amalan
yang jadi imbalan
pastinya kebaikan
dunia hanyalah landasan
akhirat adalah pengakhiran
yang tidak berkesudahan.

Ain Razak
ainRAZAK_34

Koleksi Puisi HikarideaWhere stories live. Discover now