Malam tak lagi diam
suara-suara merdu tadarusan
memecah kegelapan alam
hiasi malam penuh keindahan
dalam diam kudengarkan
siapakah gerangan suara tersebut?
melenting indah dari kejauhan
menyentuh hatiku merinding di badan.Malam Ramadan indah nan terang
menyedarkanku dari lamunan
segeraku sucikan badan
bersujud syukur kepada Tuhan
sungguh tak kurasa
serasa bagai kelmarin lusa
kini telah tiba saatnya
masa-masa yang membuat bahagia.Bulan suci Ramadan tiba
kumerasa indahnya luar biasa
menjalankan ibadah puasa
dengan niat tulus dan gembira
semua umat muslim pasti suka
beribadah dengan giatnya
untuk mendapatkan pahala ganda
yang dilimpahkan Sang Pencipta.Key Hairah
keyhairah
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Hikaridea
PoetryKoleksi Puisi Islamik: Koleksi puisi Hikaridea ini merupakan gabungan daripada penulis-penulis kelab hikaridea. Antologi puisi ini rasmi diterbitkan pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H. Semoga dengan terlahirnya bingkisan puisi daripada kam...