Bulan yang ditunggu telah tiba
bulan yang mulia yakni Ramadan
bulan yang berkat
bulan yang agung
pahala amalan berganda-ganda,
lailaturqadar menjadi buruan,
tidak semua boleh bertemu dengannya
qiamullail jadi keutamaan
dengan harapan kita dipertemukan.Bazar ramadan jadi tumpuan
membeli juadah untuk berbuka
bersederhanalah ketika berbelanja
jangan ikutkan nafsu
jangan ikutkan amalan syaitan
orang di luar ramai kelaparan
kita pula berwenang-wenang membazir.Insan yang miskin
insan yang fakir
tak usah dilupakan
bantu dan kasihanilah mereka
gembirakan hati yang duka
Allah pasti akan meredai,
menyayangi dan merahmati kita.Iqmal Izzat
Iqmalizzat
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Hikaridea
PoetryKoleksi Puisi Islamik: Koleksi puisi Hikaridea ini merupakan gabungan daripada penulis-penulis kelab hikaridea. Antologi puisi ini rasmi diterbitkan pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H. Semoga dengan terlahirnya bingkisan puisi daripada kam...