Namamu sungguh indah
dirimu jadi penantian
umat Islam sedunia
dirimu bagaikan satu
harapan yang tinggi
tiada sesiapa tidak kenal
akan dirimu yang suci
wahai Ramadan
tidak semua manusia
mampu menjenaki keindahanmu
wahai malam lailatulqadar.Bulan yang berkat
lagi indah
hanya bulan penantian
harapan Ramadan
harapan untuk manusia
sucikan hati daripada dosa
syukur kita kerana Tuhan
berikan peluang untuk
memohon keampunan
peluang untuk mengikis
dosa-dosa silam
keranamu Ramadan terindah
dan harapan manusia.Kau datang dan pergi
hanya seketika
bagaikan angin berlalu
menyapa pipiku
membuatkan aku rindu
untuk bertemu denganmu
hanya sahaja aku mampu
penuhi segala keperluanmu
setiap kali kita bertemu
aku bersyukur kepada Ilahi.Aku berharap kita akan
bertemu lagi pada masa hadapan
andai umurku panjang
aku berharap Ramadanku
sempurna setiap tahunnya.Zuliana Zuki
Mizuki_Anazuki
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Hikaridea
PoetryKoleksi Puisi Islamik: Koleksi puisi Hikaridea ini merupakan gabungan daripada penulis-penulis kelab hikaridea. Antologi puisi ini rasmi diterbitkan pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H. Semoga dengan terlahirnya bingkisan puisi daripada kam...