Al-Aqsa
ujian yang berat hadir
di malam Ramadan
tatkala mereka bertarawih
bersujud kepada Allah
tentera Zionis datang menyerang
membunuh tanpa belas kasihan.Mereka diserang peluru
akan tetapi hanya batu
dilontar sebagai balas
mereka tidak punya senjata
hanya semangat juang
yang berkobar-kobar.Zionis semakin mengganas
insan suci dibedil bagai binatang
satu per satu nyawa diragut
di bawah runtuhan batu
di mana sahaja ada darah
yang tumpah ke muka bumi.Namun mereka tetap berjuang habis-habisan
demi Islam yang tercinta
mereka tidak gentar
kerna mereka tahu
mereka akan syahid
dalam perjuangan
demi Islam dan tanah air tercinta.Iqmal Izzat
Iqmalizzat
YOU ARE READING
Koleksi Puisi Hikaridea
PoetryKoleksi Puisi Islamik: Koleksi puisi Hikaridea ini merupakan gabungan daripada penulis-penulis kelab hikaridea. Antologi puisi ini rasmi diterbitkan pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H. Semoga dengan terlahirnya bingkisan puisi daripada kam...