Menuju ke Syurga

38 12 0
                                    

Tika kau kecil, kau dicemuh
dipandang hina angkara
rupa dan darjat
tidak bijak
serta tidak beriman.

Kau menangis
kau merintih
Tuhan, mengapa aku?
apa salahku?
Aku punya hak untuk bahagia
Aku mahu jadi seperti manusia lain.

Kau tekad ditikam belakang
kau setia berkawan dengan
sang pengkhianat
kau lupa akan
makian serapah
kau yakin merekalah
kawan kau.

Tuhan Maha Adil
dia patahkan hati kau
kau dikelilingi dengan
bangsa munafik
kau sunyi, kau merintih
sekali lagi,
Tuhan, mengapa mesti aku?

Ramai yang dekat bersama kau
kau malas berkata tidak
kau suka membantu
namun kau tidak sedar
yang sebenarnya,
kau pembawa jalan
menuju ke syurga.

Izatul Husna
Izatul_Husna

Koleksi Puisi HikarideaWhere stories live. Discover now