Kasih Ibu

82 20 4
                                    

Aku hanya manusia biasa
mengenang masa silamku
membuatkan aku menitis air mata
kesal tiada gunanya
segalanya telah berlalu
kesal tiada gunanya
dia telah tiada lagi
aku terus hidup dalam mimpi silam
mengenang wajahnya yang sering tersenyum kepadaku
dia manusia yang paling anggun
aku lihat dalam hidupku
namun aku hilang dirinya selama-lamanya.

Dia selangkah ke syurga
aku masih di sini
dia insan yang suci
cuba membawaku ke syurga
bersama-samanya
aku pula yang tidak peduli
kini aku sepi apabila dia tiada lagi
dalam mimpiku hanya ada wajahnya
putih seputih kain yang bersih
sinar bercahaya wajahnya dalam mimpiku
dia pergi selamanya sendirian.

Aku menangis
tiada gunanya
masa silamku penuh kekesalan
andai aku mampu putar masa silamku
aku mahu terus hidup bersama-samanya dalam mimpi indah
aku masih terdengar-dengar
suaranya memanggil namaku
walaupun dia sudah tiada
namun hati ini masih menyimpan kasih dan sayang
hanya untuknya.

Dia ibu yang telah melahirkanku
aku berjaya kerana doanya
aku berjaya kerana wujudnya dia di sampingku
aku bersyukur dipinjamkan dirinya dalam dunia ini
tetapi kini dia tiada lagi
hidupku kosong
hilang tujuan
hilang harapan
aku yang berjaya hari ini kerana dia.

Aku berdoa kepada Tuhan
tempatkan dirinya ke dalam syurga-Mu
kerana dia permaisuri hatiku
tiada yang mampu ganti dirinya dalam hidupku
tanpa dia
aku juga tiada
terima kasih ibu.

Zuliana Zuki
Mizuki_Anazuki

Koleksi Puisi HikarideaWhere stories live. Discover now