"Hai semua..apa khabar?" kata Yamamoro Hiro iaitu salah satu sensei pasukan 1 dan 11.
"Khabar baik sensei!"kata mereka semua
"Hari ini kita akan belajar tentang jenis jenis senjata..saya tahu kebanyakkan dari kamu berenam tak banyak yang gunakan senjata.."kata Hiro
"Tapi sensei,kuasa saya memang tidak memerlukan senjata"kata Nami
"Kamu...Aizawa Nami kan?" Hiro meneliti kertas di tangannya.
Setiap sensei akan diberi maklumat peribadi pelajar supaya mereka dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan pelajar.
"Kuasa kamu ialah monstrous strength..boleh kamu tunjukkan kuasa kamu?" soal Hiro
"Boleh sensei!" kata Nami dengan semangat
"Nampak batu besar tu kan?Hancurkannya sekuat yang kamu mampu" kata Hiro
"Bukan ke perkara tu terlalu mudah untuk Nami" kata Haya dan Ken di dalam hati
"Hei Nahi,senior Nami tu kakak kau kan?"soal Ena
Nahi tersenyum sambil mengangguk
"Tengok tu dia senyum lagi macam biasa.." kata Ena dalam hati
"Kakak aku bukan orang yang lemah..setakat batu macam tu dia boleh hancurkannya sehingga tinggal debu je tahu" sengih Nahi
Terkejut Ena dan Chara melihat senyuman yang lain dari lain oleh Nahi.Nampaknya dia memang sangat mempercayai kekuatan kakaknya.
"Tapi kamu hanya boleh pukul sekali" kata Hiro lagi
Nami pergi kehadapan batu itu.Dia mengumpulkan seluruh energy monstrous nya ke tangannya.Dia menghembus nafas dalam-dalam lalu mengangkat penumbuknya.
Dia melepaskan penumbuknya itu ke batu besar itu dengan kekuatan sepenuhnya.
Seluruh orang disitu terkejut setelah melihat tumbukan Nami.
"Fuhh..."Nami memandang batu itu.
" !!! " Nami sangat terkejut melihat batu itu yang hanya retak dan lansung tidak hancur.
"A-Apa?..kenapa?"terkelu Nami
"Kenapa batu tu lansung tak hancur..kekuatan aku makin lemah ke?Ke aku tak tumbuk dengan cukup kuat?" fikiran Nami mula penuh dengan fikiran merapu
Hiro menepuk bahu Nami untuk menyedarkan dirinya.
"Hah!..Sensei.."Nami memandang Hiro
"Bukan diri kamu yang lemah..batu ni yang kuat" kata Hiro
"Tapi Nami mampu hancurkan tanah tempat latihan kami waktu mula mula kami berjumpa!Takkan dia tak mampu hancurkan batu tu!" kata Ken
Haya menumbuk perut Ken untuk menghentikan Ken dari terus berbicara.
YOU ARE READING
You My Destiny
Fantasy[Update Once a Month] Jio Haya seorang pemuda lelaki yang berumur 15 tahun hidup dalam keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan dia dibuang keluarga dan kehilangan makcik kesayangannya.Kini dia hidup keseorangan dipulau kawan,dibuli,diejek.Tetapi di...