Brukk--
"Wuish bunyi apa tu!?" Frey terus bangun dari duduk
Haya yang sedap lelap terus disedarkan dengan bunyi yang kuat datang dari belakang mereka. Haya dan Frey berpandangan sebelum bergerak ke arah pokok itu.
"Adu duh.." Aizen menggosok kepalanya yang kelihatannya seperti mahu benjol kerana hentakan yang kuat ditanah
Tiba tiba Aizen teringat kembali pasal Angel yang dia nampak tadi. Sepatutnya Angel tak bersekolah di Academy. Sebab mereka ni seperti penjaga penjaga kawasan tertentu katanya. Dan Angel ni kan dah semakin pupus.
"Seingat aku.. Puak Angel dah makin berkurang dan hanya ada di kawasan kawasan tertentu.. Jangan jangan" Aizen bangun dan melihat keatas
Betul tekaannya
Perempuan tadi tu Angel buangan.
"Hoi kau" Aizen mengarahkan jari telunjuknya kearah Lilian
"ya!" Lilian dengan semangat menjawab Aizen
"Kau tak ada tempat tinggal kan?" Sengih Aizen
Lilian tersentak. Aizen memandang tajam mata Lilian,dan Lilian mengalihkan pandangan.
"Erm-er..... Mana ada, sa-saya.. P-pe-penjaga hutan di Aca-cademy ni!" Gagap gagap Lilian menjawab pertanyaan Aizen
Aizen tergelak sendiri. Buat lawak ke Angel ni? Fikir Aizen
"Hutan di Academy ni.. Mana ada Angel muda macam kau, Lagipun.. Angel di hutan semuanya.." Aizen melirik memandang baju dan sayap Lilian
"Angel jenis air" senyum Aizen. Lilian terus menutupi sayap dan pakaiannya dengan kain
Tanpa menjawab pertanyaan Aizen,Lilian mengambil posisi untuk terbang lebih tepat melarikan diri.Tetapi korang lupa ke yang Aizen ni pantas orangnya
"urk.. Apa?" Lilian memandang sayapnya
Aizen memegang kedua dua sayap Lilian supaya Lilian tidak dapat bergerak.
"Angel pengganggur.. Di Academy kami ni, lagi lagi depan aku memang silap besar.." Sengih Aizen seram. "Aku kena bawa kau jumpa pengetua Hana"
Lilian terus menahan tangan Aizen "Tolong jangan!! Be-betul! Saya dah tak ada tempat nak tinggal.. Tapi sebenarnya saya melarikan diri saja" Lilian cuba merayu ke Aizen
"Tak ada kena mengena dengan aku" Dingin Aizen. Terbeliak mata Lilian mendengar percakapan Aizen
"Sa-Saya akan buat apa saja yang awak suruh! TOLONG! Jangan bawa saya jumpa pengetua tempat ni.." Air bergelora di mata Lilian. Terhenti pegerakan Aizen dengan ucapan Lilian.
"Apa saja?.." Aizen memandang Lilian
"Y-ya! Apa saja.." Lilian mengenggam tangan Aizen
Aizen meletakkan tangannya di pokok untuk menghalang Lilian dari larikan diri. "Kau tau aku lelaki kan?" Sebelah lagi tangannya memegang rambut merah jambu Lilian.
YOU ARE READING
You My Destiny
Fantasía[Update Once a Month] Jio Haya seorang pemuda lelaki yang berumur 15 tahun hidup dalam keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan dia dibuang keluarga dan kehilangan makcik kesayangannya.Kini dia hidup keseorangan dipulau kawan,dibuli,diejek.Tetapi di...