"Oh ya oh ya!Apa kata kita berhenti bercakap tentang Jio Haya?Sebab aku..ada gosip terhangat yang baru segar dari ladang!"Sengih Hanako
"Gosip?"
"Gosip apa la?"Soal Kaito sambil matanya melirik ke Hanako
Hanako tersenyum senyum kambing.Dia baru sahaja mendapatkan gosip ni daripada rakannya si Fairy penyembuh.
"Ehem!Korang tau tak..?"Mata Hanako melirik ke mereka semua
Mereka semua menggeleng tanda tidak tahu apa yang ingin dikatakan oleh Hanako sensei.
"Aku dengar..sebelum Tuan Pengetua pingsan..bilik tuan pengetua tertutup rapat..maklumlah korang pun tahu dia sukakan privasi"Kata Hanako
Chtholly mengangguk."Ya betul,dia bukannya jenis yang akan biarkan pintu terbuka atau barang di bilik bersepah..dia kan pembersih dan teratur orangnya"Sambungnya
Hanako tersengih lagi.
"Sebab tu la!Korang tak rasa pelik ke kenapa pintu bilik pengetua terbuka?Korang pernah terfikir tak yang sebenarnya dia...bukan pingsan sendiri tetapi dipukul oleh seseorang"Kata Hanako sambil memandang mereka lagi
Mereka semua tersentak.
"..Yakinnya kau"Kata Kuroku yang tidak mahu berfikiran negatif
"Hidup kena yakin!"kata Hanako sambil menggenggam penumbuk.Kuroku dan Vernous menggeleng memandang Hanako.
Di dalam kekacauan tersebut kelihatan seorang wanita yang tergugup ingin berbicara.Ochi yang melihat Sakura seperti sedang cuba memasuki perbualan sengaja bertanya secara lantang.
"Tukinase san,ada apa-apa ke yang awak nak katakan?"Kata Ochi secara lantang membuatkan semua orang memandang Sakura.
Sakura tersentak melihat kesemua mata memerhatikannya.
"I-it-itu...sebenarnya..ada sesuatu yang saya nak kata..ermm tak apa ke?"Soal Sakura malu malu.Cristal yang berada di sebelah Sakura menepuk belakang Sakura.
"Kau sentiasa dialu alukan untuk mengatakan apa sahaja"Kata Cristal dengan berwajah datar.
Sakura tersenyum lalu dia membuka kata.
"Ermm..sebenarnya saya..nampak seorang lelaki mencurigakan..bersayap hitam..lalu di koridor pejabat Pengetua..1 jam sebelum Pengetua pingsan"Kata Sakura dengan gugup.Ayat yang baru dikatakan Sakura membuat mereka semua memandang sesama sendiri.
"J-jadi..saya rasa apa yang Miyura san katakan tu..benar..mungkin ada yang sengaja lakukan Pengetua begitu"Kata Sakura
Deg!
Kesemua wajah Sensei membeku.Terkejut dengan kenyataan yang diberi Sakura.
"Kau yakin Tukinase san?"Soal Vernous yang berhenti membaca buku dan fokus dengan apa yang dikatakan Sakura.
YOU ARE READING
You My Destiny
Fantasy[Update Once a Month] Jio Haya seorang pemuda lelaki yang berumur 15 tahun hidup dalam keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan dia dibuang keluarga dan kehilangan makcik kesayangannya.Kini dia hidup keseorangan dipulau kawan,dibuli,diejek.Tetapi di...