"Jangan kau berani.."Relitys memandang Haya tajam."Macam mana kau?!"Haya rasa dia tinggalkan pil Haya di rumah.Bagaima Relitys boleh berada di sini?
"Aku tak perasan kau bawa masuk haiwan pil kau Haya?"Kata Firo."Memang..aku tak bawa"Haya sendiri pelik.
"Apa kau buat kat sini?"Soal Haya dingin."Ada benda saya nak bincang dengan tuan"Relitys membalas pandangan dingin itu.Relitys menunjuk kearah pintu keluar supaya boleh berbicara berdua.
Haya hanya mengikuti kerana tiba-tiba rasa merinding dengan tatapan Relitys.
"Maaf..aku keluar sebentar"Pohon Haya selepas itu keluar bersama Relitys
"Ada..yang aneh dengan haiwan pil tu,aku..tak pernah nampak" fikir Rose
...
"Apa dia?"Soal Haya
"Tuan berniat nak beritahu tentang Anki kan tadi?"Relitys bertanya dengan dingin
Terkejut Haya."Macam mana kau tau?"Soal Haya
Sebelum menjawab Relitys mengeluh berat."Anki letakkan satu sihir amaran pada aku supaya kau tak beritahu tentang anki atau Aya ke sesiapa,kalau tiba-tiba aku ada rasakan aura pelik itu semua berkaitan dengan manusia dan kau.."Jelas Relitys
"Kenapa ayah letakkan sihir macam tu?"Haya mula pelik."Itu sebab Raja telah lenyap"Ringkas Relitys
"Lenyap?"
Relitys memandang Haya."Sebab itu kita tak boleh sesuka hati bocorkan maklumat Anki dan Aya,sebab kalau si Alev tu dapat tau tentang sesiapa yang tau tentang cerita si Anki iaitu Raja yang lenyap..mampuslah dia"Sengih Relitys separa mengejek.
"Dah kalau dia mampus...mesti dia akan bunuh orang yang bocorkan maklumat kan?"Kata Relitys."Orang yang bocorkan maklumat.."Haya memandang Relitys
"Ya.Dia akan bunuh aku,dan tiada lagi yang boleh bantu kau"Dingin Relitys.Tersentak Haya.
"Jadi selama ni..kau kurang jujur dengan aku..sebab tak nak bahayakan nyawa kau?Demi aku.."Kata Haya
"Ya"Kata Relitys
Haya terduduk.Jadi rasanya sekarang semuanya masuk akal.Kehilangan Anki iaitu Raja sebelum Alev bukan mati tapi lenyap.Dan Alev lah yang mengunci Relitys di kurungan pil sehingga aku datang ke dunia ni dan mendapat pil.Itu membuatkan Relitys bebas.Oh ya,Jemputan untuk minum petang yang Gouro cakap tu pun mesti sebab Alev nak cari tau tentang Relitys dan bunuh Relitys..bukan aku!
Tik
Haya memandang Relitys dengan mata yang berair.Selama ni dia silap sangka tentang Relitys.Dia fikir Relitys hanya menganggap dia main-main sebab itu Relitys tidak jujur,ini rupanya penyebab sebenar."Relityss!!"Haya memeluk Relitys erat.
Relitys terkejut dengan tangisan dan pelukan Haya.Dalam diam muncul senyuman di wajah Relitys."Ya..Tuan"
~~~
YOU ARE READING
You My Destiny
Fantasy[Update Once a Month] Jio Haya seorang pemuda lelaki yang berumur 15 tahun hidup dalam keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan dia dibuang keluarga dan kehilangan makcik kesayangannya.Kini dia hidup keseorangan dipulau kawan,dibuli,diejek.Tetapi di...