Part 40: VIOLET

160 10 1
                                    

"Ini kan sapu tangan yang aku pernah bagi pada Violet?.."

Hakk!

"VIOLET!!"

.

"Aku sanggup buat apa saja.. Tapi tolong jangan sakiti Rayyan!"

 Tapi tolong jangan sakiti Rayyan!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Drap Drap

"Ini semua salah aku.. Kalaulah aku sepasukan dengan Violet, semua ni takkan berlaku" Rayyan makin menyalahkan dirinya apabila dia sedar Violet telah hilang.

Sambil Rayyan berlari dia terjerit jerit nama Violet sambil berharap Violet akan menyahut.

Dia tidak lagi risau dengan pandangan orang orang di sekeliling. Yang penting sekarang ini ialah Violet. Hanya Violet!

.*.*.*

5 tahun lalu

"Aduh..aku kat mana ni? Boleh pula aku sesat dalam hutan ni" Rayyan berjalan jalan kehulur hilir mencari jalan kembali ke Academy

"Niat mula mula memang nak ponteng latihan dengan pasukan... Tapi tak sangka boleh sesat pula" Rayyan menggaru garu kepala

"Huff mari terus mencari.." kata Rayyan sambil mengeluh.

..

Rayyan teruskan pencarian untuk keluar dari hutan sehingga dia.

Kling Ktang

Rayyan berpusing selepas mendengar bunyi Pedang berlaga.

"Ahhh! Akhirnya ada juga orang yang aku boleh jumpa dalam hutan ni.. Tanya dia la" Rayyan mengikuti arah bunyi pedang tersebut.

Srakk

Bunyi semak membuatkan pemain pedang itu terkejut lalu memotong semak tersebut. Hampir hampir saja muka Rayyan dipotong.

"Eiikkkk!!!??" Terkejut Rayyan

"Siapa di sana?!" marah pemain pedang itu yang bersuara perempuan.

"Dia perempuan ke?" Rayyan diam diam cuba menjenguk.

Rambut perempuan itu yang berwarna ungu terbang mengikut angin menuju ke Rayyan.

"Bau lavender.." fikir Rayyan

Mata perempuan itu pula merah seperti permata ruby.

"Cantik.." kata Rayyan tanpa sedar. Perempuan itu terdengar lalu wajahnya terus merah padam.

Rayyan yang tersedar dengan kata katanya turut terkejut dan serta merta berdiri.

"A-aku minta maaf! Aku tak sedar pun sedang mengacau kau sedang berlatih" sopan Rayyan. Memang la dia nakal tapi dia tetap hormat seseorang.

You My DestinyWhere stories live. Discover now