"Apa aku pergi balik?!"Kata Aizen sambil bangun seperti ingin berpatah balik
"Jangan risau..aku anak ketua Angel jadi aku tak akan apa apa berbanding kalau kau penceroboh yang kena tangkap!" Kata Ciel sebelum Aizen masih ragu ragu ingin keluar
"Aku..tak boleh hampakan Ciel yang berkorban!Terima kasih Ciel!"Kata Aizen kemudian berlari pergi kearah bertentangan.
"Apa yang sedang berlaku ni!?"Kata Ketua Puak Angel aka Ayah kandung Ciel.
DEG
"Ayah!"kata Ciel yang terkejut melihat ayahnya memasuki bilik pejabat tersebut.Sebenarnya tak terkejut pun,siapa yang tak datang sini selepas melihat kekacauan yang berlaku bukan?
"Pakcik!"Kata Robel yang juga terkejut
"Apa yang kamu berdua buat ni!?"soal Ketua Puak Angel.Jangan ditanya nama dia.
Ciel dan Robel terdiam.Siapa yang mampu melawan Ketua Puak Angel?Kalau lawan dia mampu kepala melayang bukan nyawa melayang.
"P-Pakcik..m-macam ni..Ciel cuba mencuri maklumat peribadi Angel yang sudah tiada!"Kata Robel sambil menunjuk kearah Ciel.
"Hah!?Kau sekarang nak tuduh aku?Kau tu yang bersekutu dengan Si Wanted..lepas tu kau curi maklumat peribadi dia sebab tak nak bagi aku cari maklumat tu!"Kata Ciel dengan jelas lebih terperinci.
"Apa?..Jangan dengar cakap dia pakcik!"Kata Robel
"Senyap!"Kata Ketua Puak Angel
"Kamu berdua!Ikut saya!Pengawal bawa mereka berdua sekarang!"Arah Ketua Puak Angel ke pengawal pengawal yang berada di belakangnya.
"Baik Tuan!"Kata Pengawal pengawal itu.
"Hahh...mujurlah ayah tak tanya lebih jauh"Gumam Ciel sendirian sambil berjalan mengikuti ayahnya
...
Drapp Drapp
Bunyi larian makin menghampiri tempat di mana Aizen berada.Kelihatan Violet,Rayyan dan Subaru serta Si wanted berlari ke arahnya.
"Aizen!Aku berjaya tangkap si wanted!"Kata Subaru sambil melambai lambai ke Aizen.Aizen bangun dan berjalan laju mengahmpiri Subaru.
"Aizen!"Subaru mendepa tangan.Ingatkan Aizen mahu memberi tanda terima kasih kerana berjaya atau apa apa sajalaa.Tetapi dia malah..
Bukk
"Aduh!!"Kata subaru sambil memegang kepalanya yang diketuk kuat oleh Aizen.
"Kau pahal Aizen!?Tak reti terima kasih ke?"Marah Subaru.Kemudian Aizen memandangnya kembali.
"Kau memang nak kita kena tangkap ke apa?Slow sikit suara tu"Kata Aizen sambil memberi tatapan dingin.Tersentak Subaru.
"Y-ya..salah aku sorry"Kata Subaru."Macam mana kau tangkap dia?"soal Aizen ke Subaru.Subaru memandang Aizen kemudian melirik ke Violet.
YOU ARE READING
You My Destiny
Fantasy[Update Once a Month] Jio Haya seorang pemuda lelaki yang berumur 15 tahun hidup dalam keadaan kucar kacir sehingga menyebabkan dia dibuang keluarga dan kehilangan makcik kesayangannya.Kini dia hidup keseorangan dipulau kawan,dibuli,diejek.Tetapi di...