"Mommy pun tak tahu, Syah."
Aku percayakan Mommy. Mustahil Mommy nak temberang aku. Lagipun, Samson bukannya jenis bercerita sangat dengan orang lain.
Aku pergi ke hospital keesokkan paginya. Boyfriend Samson masih ada di situ. Melihat sahaja aku, dia meminta diri untuk memberi masa kepada aku dengan Samson.
"Aku nak berbual dengan kau sekejap." Aku membuka kata kepadanya.
Aku mengajaknya pergi ke sebuah coffee house di kawasan Beach Road itu. Jejaka tersebut nampaknya kaget dengan pelawaan rawak aku itu.
Sampai saja di coffee house, dan pesanan pun dibuat, aku terus menembak.
"Kau boyfriend Samson?"
Dia mengangguk.
"Umur kau?" Aku bertanya lagi.
"Tahun ni 22. Baru grad NUS."
"Oh, Singaporean jugalah ni?"
Dia mengangguk. Dia nampak takut sedikit.
"Orang mana?"
"Punggol. Ayah duduk kat Jurong West."
"Wah, jauh kau duduk. Kau duduk dengan mak kaulah?"
Dia mengangguk lagi.
"Berapa lama dah kau dengan Samson ni?"
"Baru jugalah. Dalam tiga, empat bulan macam tu."
Celaka punya Samson! "Korang duduk sekali ke?"
"Taklah. Cuma bila dia balik Singapore, adalah dia bawak duduk kat apartment dia kat..."
"Bedok North? Tu bukan apartment dia, tu apartment kitorang yang haram dia nak bagi aku kunci. Sekali pun dia tak pernah bagi aku jejak rumah tu sedangkan nenek aku hadiahkan apartment tu untuk kitorang berdua."
"Oh, saya tak tahu."
"Samson ada bilang apa-apa pasal aku?"
"Bilang pasal apa ya?"
"Anything. Impossible kalau tak ada apa-apa."
Dia mengambil jeda di situ. Lama juga jeda yang diambilnya.
"Adalah tapi not much. Just dia kata dia ada kembar yang dia tak rapat sangat, make a living from..."
"From what? Stripping?"
"Prostitution..." Nadanya hampir berbisik.
Sial punya Samson! Eloknya kau mati je malam semalam!
"Betul ke?" Dia meminta kepastian.
"That's quite overboard. Tapi betullah tu."
"No judgement tho. "
"Kisah pulak aku kau judge ke apa." Aku memandang dia atas bawah. "Hasbi tahu ke pasal korang ni?"
"Hasbi?"
Aku mengangguk. Bodoh dah ke?
"Siapa tu?"
Samson Zulkarnain what the fucking effing fuck?! By right, I shouldn't be shocked actually.
"BFF Samson?"
"Dia tak pernah mention pun pasal Hasbi tu. Maybe someone from his past?"
Aku tak rasa Hasbi dah jadi someone yang Samson akan past tensekan dalam hidup dia. But then again, kalau kembar dia pun dia boleh buang, inikan pula kawan.
"If that's the case, aku tak tahu what's going on antara korang and I haven't had the intention to know it now. Maybe aku akan tanya Samson sendiri about it tapi tulah, as if dia akan cerita."
Dia nampaknya seperti hendak beritahu sesuatu tapi dalam gaya yang terkulat-kulat. Aku renung sahaja dia sebelum dia membuka mulut juga akhirnya.
"Last two days, Samson ada argue with someone over the phone but I'm not sure who the person is."
"Samson has issues with technically everyone. Not a shocker, really."
"No, tak. It does sound intense."
"Elaborate."
Dia mengambil nafas panjang. "I don't know but he did mention something like to not bother him anymore and let him live his life. So, saya tak sure if this Hasbi guy got something to do with it."
Aku tersenyum sinis tanpa sengaja. "If ada pun, I won't interested to get my feet in it. Dah besar kan masing-masing, pandai-pandailah nak hidup tu macam mana."
"Cuma saya risaulah takut..." Aku tahu dia takut nak panggil aku apa. "Syahid akan involve sekali."
Aku smirk sekali lagi. "To quote Samson, aku ni burden dalam hidup dia. Dia takkan libatkan akulah."
Kami kembali ke hospital. Aku duduk sahaja di lobi membiarkan Fahmi dengan Samson di atas. Aku memandang sekeliling. Suasana lobi hospital itu tetap penuh orang.
Fahmi kemudiannya menelefon aku untuk memberitahu yang Samson dah sedar. Aku kemudiannya memberikan maklumat itu kepada Mommy dan Daddy. Mommy bilang dia akan datang petang sikit nanti sekali nak hantarkan lauk.
Fahmi turun kemudiannya sebelum memelawaku untuk bertemu Samson di atas. Aku setuju. I have lots of thing to ask.
Berdua dengan Samson, aku renung sahaja dia. Dia yang nampaknya masih lemah itu mengerling memandangku helplessly.
Aku tersenyum kambing kepadanya. Tak tahulah kambing ke sinis senyuman itu.
"Hai, Syah..." Dia menegurku dengan suara tersekat-sekat.
"Fuck you! Since when you have manners?"
"Syah, I got something to tell."
"Fuck off! You have nothing to explain and even if you have, aku tak berminat hatta satu benda sekalipun."
"Syah..."
"You loathe me since we were kids for me being proud of who I am yet kau pun... you are just another me, Samson."
Dia mendiamkan diri. Ikutkan panas hati aku masa tu, nak saja aku cabutkan wayar oksigen dia tu.
"Kau buat aku benci diri aku, kau buat aku hidup dalam rasa yang apa saja aku buat, orang akan benci aku. Kau buat aku marah dengan siapa diri aku sebenarnya! Kau sedar tak apa kau buat kat aku selama ni, Samson?!"
Dia mengangguk.
"Kau patut bernasib baik kau tengah terlantar sekarang because I tell you what, if killing is not a sin, you are long gone already. But mostly is because, aku tak kejam macam kau. Aku tak sanggup bunuh ahli keluarga aku sendiri macam mana kau bunuh jiwa aku almost 10 tahun dulu."
Aku kemudiannya mengangkat kaki pergi dari situ. Aku cari tandas dan aku lepaskan tangisan aku di situ. Aku tahu aku tak sepatutnya marah kepada Samson but I just did. Yeah it feels good tapi dia abang aku. How shitty he is as a human being, dia abang aku.
Syaf text tanya if I'm okay or not. Dia aku rasa okey saja kat rumah Mommy tu. I told him I'll be back soon and akan belikan dia makanan.
Sebelum aku pulang, sempat aku berjumpa dengan Fahmi lagi sekali.
"I might be staying here for quite some time. To take care of him."
"Eh, takpelah. Saya kan ada. Kesian your business kat KL tu."
"Don't worry about me. Take care of yourself. After all, dia tu abang aku.
Fahmi hanya memberikan satu senyuman sahaja kepadaku.
"So sekarang, si bodoh tu dah kat dalam hospital. Apa lagi yang kau nak aku buat ni?"
"Relaks dulu. Benda baru nak start."
"BARU NAK START?! Kau bunuh jelah dorang berdua ni apa yang susah sangat!"
"Memang susah. Kau relaks je. One day, sooner or later, benda akan settle jugak."
"Kalau tak, macam mana?"
"Jangan jadi bodohlah! Ikut je apa yang aku suruh!"
--------------------------So, what do you guys think of this chapter???
YOU ARE READING
To Die For... (LHSM 2)
ActionBagi dirinya, dibenci tidak pernah membawa maksud apa-apa. Paling kurang pun, sakit di hati saja. Tapi apabila dibenci pada tahap orang mahu membunuhnya, dia juga harus belajar untuk menanam rasa yang sama. Cumanya, mampukah dia berbuat perkara ya...