Rasanya lama aku tak berjalan-jalan dengan tenang selepas semua kekecohan berlaku dalam hidup aku. So, dengan keizinan oleh Mommy dan... aku kena panggil dia Papa ke? Okeylah, Mommy and lelaki-yang-apparently-bapa-kandung aku, izinkan aku dan Tony pergi berjalan-jalan menenangkan fikiran.
Tak jauh pun, Penang je.
"Sayang..." Aku pegang tangan Tony yang sedang memandu. "Lapar."
"Tu ada roti tu kan. Makanlah dulu."
"Nak suap..."
"Nak mati ke then boleh? Orang tengah sibuk drive ni."
"Garangnya dia ni lately."
Tony menggelengkan kepala sahaja.
"How's your mom?" Tiba-tiba aku terfikir untuk bertanyakan soalan itu kepadanya. Aku harap dia okey sahaja mendengar soalan itu.
"Once in awhile still tak okey. My atuk jaga dia kat kampung tu."
"They found your dad's murderer?"
Dia menggeleng. "Maybe for better or worse. I mean, dia still my dad but I'm glad he's dead."
"So after the event, kau dengan ayah kau memang tak contact ke?"
"No, fine je. Cuma masa aku tengah study, mak aku figure about the whole thing. Kau tahu kan mak aku punya devoted tu macam mana. Sampai sudah, dorang dua tak betul. Entahlah, fucked up doh family aku."
Aku pegang tangannya dan kucium lembut. Aku tahu sedikit assurance is all he needs.
"Cumanya kan, Syah, aku tahu berat untuk kau kalau aku minta benda ni tapi boleh tak..." Dia jeda seketika. "Maafkan Papa aku."
Aku diam saja. Kenapa aku kena maafkan manusia punca hidup aku hancur?
"Tapi aku tak paksa tau, Syah."
"Aku tahu."
Kami check-in di sebuah hotel lima bintang tepi pantai di area Batu Feringhi. Dekat sikit nak main Escape esok.
Petang itu, kami luangkan masa di dalam bilik sahaja. No, kami tak fuck pun. Just spend time together.
"Syah..." Dia bertanya sambil mengurut lembut tanganku di atas katil bilik hotel.
"Apa dia, Tony?"
"Can I ask you something else?"
"What? Forgive siapa pulak?" Aku cuba bergurau.
"No..." Kemudian dia meletakkan kepalanya di atas bahuku. "You don't have to do it but I appreciate if you could."
"Kau nak aku buat apa ni? Serius semacam je."
"When all this mess clear nanti, boleh tak kau stop jadi pelacur?"
"What do you mean stop jadi pelacur? Aku dancer je kut."
"Aku tahu. Tapi jangan ingat yang aku tak tahu jugak kau buat side income. Kalau kau nak menari, even if it is hard, aku okey. Tapi yang lagi satu tu..."
Dia diam. Lama dia diam.
"Aku cemburu..." Perlahan saja dia menyebutnya.
Aku mendepangkan tanganku menarik kepalanya untuk bersandar di dadaku yang hanya ditutupi singlet putih ketika itu. Aku gosok sedikit kepalanya cuba menenangkan.
"Hmm but you know that's the only thing I can do kan?"
Dia mengangguk perlahan. "Aku tahu."
"But of course aku pernah terfikir benda ni semua. Cuma tulah, aku sendiri tak dapat nak come with any solution lagi."
"Tak apa. Aku faham je."
"Maybe I'll try to talk with Mandy regarding this. Aku pun pernah fikir takkan aku nak buat benda ni sampai tua kut. Mesti one day nanti aku akan hilang semua yang handsome pada aku ni kan...?" Kemudian aku berpaling memandangnya. "Will you still be there?"
"Of course I will."
Aku senyum sahaja.
To be honest, knowing ada orang yang sememangnya nakkan aku mati, it feels good to live in a bliss for a moment and I feel that with Tony. I love this boy.
Malam itu, kami makan malam di area Karpal Singh Drive. Selepas itu adalah kami bersiar-siar mengambil angin malam di tepi pantai. Sekali lagi, deep talk berlaku antara kami.
"Kau rasa kita akan bersama selamanya ke?" Tony membuka soalan itu kepadaku.
"Hmm how long do we define 'selamanya'?"
"I mean, sampai bila kau rasa kita akan bersama? Kutlah kau nak ada keluarga sendiri ke apa nanti kan."
"Maybe I want to build that family with you instead. Siapa tahu kan?"
"Kau rasa ada future ke dengan aku, Syah?"
"Shouldn't it be me asking you that? Kau rasa ada future ke dengan aku ni?"
Dia senyum. "If being with you means no future, then I'm not keen to live in it."
"Alololo..."
"Seriously though. Aku honestly has nothing to lose anymore. Parents aku memang dah tak boleh have any words, ex wife aku pun just communicate dengan aku for the sake of our daughter je and yeah, kerja aku pun biasa je. Jadinya, satu je yang aku nak dalam hidup aku sekarang..."
"And what is it?" Asking for the obvious huh, Syahid?
"Kau."
Aku memberikan senyuman kepadanya sebelum menariknya ke dalam rangkulanku.
"Kau tahu, Tony. Sembilan tahun tu kan, setiap hari aku doa nak jumpa kau balik sebenarnya. Ya, memang masa kita jumpa tu aku tak nafikan aku benci tengok muka kau tapi percayalah aku rindu gila sebenarnya kat kau."
"Sama. Aku cari kau everywhere. Nasib baik jumpa balik."
"Masa aku nampak kau time tu, aku masih nampak Antonio yang tengah form four lagi. Muka cengeng je."
"Sial je kata muka aku cengeng."
"Kau tak tahu ke muka cengeng kau tulah yang aku angaukan dulu." Aku mengusiknya dengan lebih lagi. "Tapi seriously, apa yang buat kau still cari aku?"
"Firstly, of course sebab aku masih sayangkan kau lagi. Kedua, yeah, because of that particular incident. Lastly..." Dia diam sekejap.
"Lastnya apa?"
"Kau first love aku, Syah. The only one pun aku rasa. Lepas kau, aku tak rasa aku boleh sayangkan sesiapa lagi dah. Not even my ex wife."
"That much?" Kenapa aku rasa line aku cakap ni macam aku pernah cakap sembilan tahun dulu. "That much, Tony."
Dia mengangguk. "Aku janji, Syahid. This time, whatever it is, heaven or hell, aku akan ada dengan kau. Aku janji benda tu."
"Aku pun."
Dan tangan kami bertaut.
------------Dah penat ribut semua kita chill sekejap. So yeah sorry lambat update with no excuse hahahahah. Enjoy!
YOU ARE READING
To Die For... (LHSM 2)
ActionBagi dirinya, dibenci tidak pernah membawa maksud apa-apa. Paling kurang pun, sakit di hati saja. Tapi apabila dibenci pada tahap orang mahu membunuhnya, dia juga harus belajar untuk menanam rasa yang sama. Cumanya, mampukah dia berbuat perkara ya...