Bab 10

685 62 7
                                    

"Muka manyak stres nampak..." Mandy menyapa seraya meletakkan satu shot Martini di hadapan aku. "Sal?"

"Kau ni... Aku stres kau tahu. Aku sedih kau tahu. Aku marah pun kau tahu. Time aku takde duit takde pulak kau nak tahu."

"Sebab kau tak pernah takde duit so macam mana aku nak tahu. Kau tu kangkang je, jolok orang sekali dah dapat berapa ribu dah. Lainlah yang hazab macam aku ni. Kangkang depan muka pun belum tentu orang nak."

Aku ketawa sahaja mendengar celotehnya itu. "Mandy, dah makan?"

"Tak pernah-pernah ajak aku makan ni nak ajak pulak. Kau sihat tak, nyah?"

Aku ketawa kecil dalam nada yang getir. Aku sihat ke tak pun aku tak sure.

"Kau gaduh dengan budak somam tu ke?" Mandy menebak sekali lagi. Kurang tepat tapi kena lagilah.

"Taklah gaduh..."

"Yalah. Jom pergi mamak depan tu. Aku pun kebulur Maggi goreng jugak ni."

Sepuluh minit kemudian, kami sudah pun sampai di kedai mamak tersebut dan memesan makanan masing-masing. Aku memesan roti telur dua keping dan Milo ais sementara Mandy dengan Maggi goreng ayam dan sirap bandung.

"So, care to cerita what the fuck happened?"

"Aku tak tahu nak cerita macam mana."

"Kau bukak mulut, cakap, ceritakan. Sia-sialah handsome tapi bangang."

Aku ketawa mendengarkan roast itu. Dia je yang boleh.

"Okay, you know my boyfriend, Kasyaf..."

"Ya, Syahid. Kita semua kenal boyfriend kau."

Makanan sampai.

"He's not 18."

Mendengarkan itu, mata Mandy yang bereye-shadow itu terbuka besar beberapa mm. Terkejut benar tu.

"Dia budak sekolah ke? Mamposlah nyah kalau kita kena raid."

"Taklah, bodoh!"

"Dah tu?"

"He's 24."

Mata Mandy terkebil-kebil mendengarkan itu. Pondan ni memanglah bab overacting nombor satu.

"Umur dia 24 tahun as in muda setahun daripada kau?"

Aku mengangguk.

"How the fuck sial?"

"Salah aku jugaklah sebab tak pay attention to his ID before. But believe me that is not the most fucked up part."

"And what is the most fucked up part?"

"Dia adik Hasbi."

Aku tak pernah nampak mata pondan ni terbuka seluas itu. Memang terkejut benarlah tu.

"Dah tu kau? Apa kau nak buat?"

"Entahlah, nyah..." Berkawan dengan pondan ni, aku pun dah terikut kadang-kadang.

"Kau rasa dia kat side siapa?"

"Entah. Tapi kalau ikut cerita dia, dia memang nak lari dari Hasbi."

"Itu kalau ikut cerita dia. Cuba kalau tak ikut cerita dia?"

"Maksud kau?"

Mandy mengeluh. Kemudian dipandangnya aku tepat dalam mata. "Bodoh kau tak bertampi eh? Kau tak selidik sendiri ke? Go in-depthlah. Setakat percaya cerita, baik polis Malaysia ni tak payah kerja."

"Malaslah aku nak pergi rumah dia bagai semua tu."

"Again, sia-sia tau handsome tapi bodoh. Kau checklah phone ke, bank transaction ke. Tengok expenses, messages."

To Die For... (LHSM 2)Where stories live. Discover now